Ahad, 4 Julai 2010

++SuDahLah..!++

Sudahlah!
Mungkin ini cuma lelah.Kita hanya manusia biasa yang memiliki batas terhadap sesuatu yang menerpa hidup.Tak perlu memaksa diri,tak perlu banyak berpura2. Kau tak akan bererti apa2.

Ini lah diri kita, yang memiliki naluri perasaan yang sama tapi tak mungkin serupa. Barangkali kau memiliki kesabaran yang lebih yang tidak aku miliki atau mungkin jadi sebaliknya.Yakin kan hati mu kembali bahawa tidak ada yang berubah setelah semua yang terjadi, amarah benci dan sakit hati itu adalah keindahan dari rasa sayang rindu dan cinta yang kita miliki.

Diamlah!
Istirahatkan tubuh lelah mu sejenak, biarkan fikiranmu menganalisis pro & kontra,baik dan buruk semuanya.
kau boleh marah..begitu pun aku
kau boleh sakit hati begitu pun aku
kau boleh benci begitu pun aku
tapi..
cukup kah semua ini berlalu dengan rasa marah diantara kita
sudah kah segala nya musnah dengan rasa sakit hati di jiwa
hilang kah masalah dan kenangan dengan benci di hati kita

Sedarilah!
Menyesali masa lalu bukanlah akhir dari perjalanan kita
Melupakan kenangan bukan pula babak pemusnah aku pada mu
Kerana walaubagaimana pun kau berusaha
Aku akan tetap menjadi sebahagian dari diri mu walau kau anggap hanya pada masa lalu!