“Kamu tahu, aku selalu berfikir untuk mencari pasangan yang lain. Tapi aku tak sedar bahawa pada akhirnya di hatiku cuma ada dia.”
“Aku sangat menyintainya. Walaupun tidak pantas untuk aku menyintai seseorang yang sudah punya anak, yang tidak langsung menyintai aku.”
“Pasangan ideal? Tidakkah kamu rasa bahawa mereka hanya berpura2?”
Mungkin tidak salah dengan pandangan2 seperti itu. Pemahaman2 pro dan kontra terhadap konsep ideal biasanya memberikan lebih banyak pendapat yang berbeza. Kita harus mengerti bahawa tidak semua hal dipandang atau difahami dari sudut yang sama. Beberapa orang mungkin berpendapat seperti sahabat2 saya tadi. Beberapa lagi mungkin tidak seperti itu.Hubungan yang ideal adalah ketika masing-masing dari mereka saling terbuka dan jujur antara satu sama lain. Klise? Mungkin juga. Satu pendapat mengatakan jika kita mulai jujur dan terbuka maka itulah hubungan yang ideal. Hmm..? Sudut pandang yang lain berhujah bahawa tidak semua orang boleh menerima kenyataan yang benar, realiti. Disini cinta dirasakan akan lebih bersifat egois.
Modus pemahaman yang pelbagai sering menghasilkan pelbagai pendapat2 yang berwarna warni. Pernah kamu dengar konsep tentang seseorang untuk seseorang (somebody for someone) . Ia pernah menjadi bahan perdebatan antara saya dan beberapa sahabat seangkatan.Seorang berpendapat jika salah seorang antara kami memutuskan untuk bersama seseorang maka siapa yang akan menjadi ’seseorang’ itu.
Ada yang beranggapan ’seseorang’ itu adalah orang yang sudah tersedia. ‘Seseorang’ itu mungkin juga harus datang dengan usaha..pencarian. Dimana mereka akan berusaha mencari satu titik keserasian & kesepakatan dan mereka yakin pada titik akhirnya ialah kebahagiaan. Jika dipertengahannya ada yang menyimpang, maka akan adalah salah seorang yang berpaling. Berusaha lagi mencari yang lain.
Ada yang berpendapat ’seseorang’ itu adalah separuh nyawa. Hidup tidak akan sempurna tanpanya. Dalam keadaan ini, mereka dikatakan terlalu taksub terhadap cinta. Ada antaranya adalah cinta yang sia2. Maka timbullah persoalan, adakah cinta itu buta atau membutakan? Atau manusia itu sendiri yang buta kerana cinta yang sia2?
….
Kita tidak menghuraikan sesuatu hanya dengan logik akal secara umum. Pendapat tentang sesuatu yang bersifat subjektif kebiasaannya terhasil dari fikiran2 yang kontras. Apa kata kamu?