Isnin, 18 Oktober 2010

++TEnTanG SaYa++

Mendedahkan segala sesuatu tentang diri saya secara lisan bukanlah perkara yang saya gemari.Bukanlah saya ini terlalu berahsia, cuma low profile mungkin? Heheh.. Tapi untuk kali ini saya kongsikan 30 fakta sepertimana yang diminta oleh Mawarbiru, pembaca setia blog saya.

1.Saya…suka sangat dengan kucing & sangat sayang kucing pemberian Papa saya-Comot.
2.Saya…suka makan, tapi selalu mengalami masalah kurang berat badan walaupun selera makan tu, boleh tahan juga laa..
3.Saya…aktif dan suka bersukan. Pernah jadi atlet hoki wanita UTM untuk temasya MASUM 2002.
4.Saya…tak suka dipaksa dengan keras.Makin dipaksa, makin saya tak akan buat.
5.Saya…suka memecut kalau membawa kenderaan. Ngantuk & khayal la drive slow2 nie..
6.Saya...tak suka membebel, dibebel & dikongkong. Lagi2 yang meninggi suara.
7.Saya…minat bidang kesenian, kebudayaan & modifikasi kereta.Percaya atau tak..saya bekas penari kebudayaan!
8.Saya…benci orang yang suka mengungkit dan memperbesarkan sesuatu hal.
9.Saya…masih menjadi lone ranger berjaya! Berstatus cik lagi..
10.Saya…peramah, tapi jadi pendiam bila marah atau takde mood.
11.Saya…ramai kawan, tapi saya hanya selalu keluar dengan orang tertentu saja.
12.Saya…seorang yang cuai, dari kecil lagi. Cuba ubah, tapi masih tak berjaya.
13.Saya…kadangkala keras hati & degil. Tapi ada cara melembutkannya.
14.Saya…susah untuk suka, percaya & sayangkan orang. Begitu juga untuk membenci.
15.Saya…suka tidur terutama bila sedang moody atau bosan.
16.Saya…manja & sensitif pada keadaan & orang2 yang saya sayang.(termasuk la awak…)
17.Saya …suka makanan atau minuman yang berasaskan susu, keju & coklat.
18.Saya …dikatakan ‘anak bapak’. Mungkin sebab tu saya agak kasar orangnya.
19.Saya…tak suka menjahit & lipat kain.
20.Saya…akan jadi ‘kureng’ atau ‘sangap’ bila dalam mood rindu.
21.Saya…tak suka berada dalam mood marah atau bengang dan tak ada orang yang meredakannya.
22.Saya…tak suka berada di tempat yang sesak..macam konsert.
23.Saya…suka tempat yang aman damai, sejuk. Teringin sangat nak pergi Kundasang, Sabah.
24.Saya…peminat kelab bola Chelsea.
25.Saya…bercita2 nak jadi inspektor polis. Tapi tak ada rezeki la nak dapat.Huhu..
26.Saya…lebih selesa dengan suasana di kampung berbanding bandar.
27.Saya…tak suka menyelesaikan masalah dengan perbalahan & kekasaran. Psychology & diplomatic way plays well for me.
28.Saya…sangat suka kanak-kanak & baby. Habis duit layan dorang pun takpe.
29.Saya…bukan seorang yang suka sayur2an & ubat2an.
30.Saya…agak melankolik.