Jumaat, 26 Februari 2010

++Disaat aku masih lagi cemburu...++

Ya Tuhan…Aku merindukannya
Hari ini…dan nanti

++uTk PenJAgA SAhABaTku...++

Sudah tiba masanya saya menyerahkan dia,sahabatku padamu
Kamu harus tahu, sesunguhnya dia seorang yang amat bererti untuk saya
Kini dia adalah sahabat yang akan menemani hari-hari penuh perjuangan milikmu
Jagalah dia dengan baik sepertimana saya selalu mencuba bersikap baik padanya
Jagalah perasaannya sebagaimana asa selalu berusaha menjaga perasaannya
Ajarilah dia dengan hikmah,
Sebagaimana kami saling menasihati dalam kebaikan dan kesabaran

Penjaga hatinya...
Syurga atau neraka untuknya ada padamu,
Maka bimbingilah dia untuk dapat menjadi layak dihadapanNya
Seperti yang dia harapkan dalam visi hidupnya
Temanilah dia dalam perjalanan mengetuk pintu SyurgaNya….
Kini dia adalah sahabatmu...sepanjang hayat.

**Sahabatku..doakan supaya saya juga akan berbahagia seperti kalian..

++Wolf..wOlf..WolF!!++


Wolfman...ini filem yang sempat saya tonton malam minggu lalu setelah sekian lama tidak memilih untuk ke panggung wayang. Bukan cerita terbaru, tapi cukuplah sekadar satu hiburan di malam minggu bersama Mawarbiru & si cinta hatinya...heheh.

Not so bad..tidaklah begitu teruja untuk menonton filem ini. Sengaja memilih genre yang berbeza sedikit, sekadar bersantai. Beberapa teman lebih mencadangkan untuk saya memilih´Percy Jackson-The Lightning Thief´. Tak mengapalah, masih boleh menonton DVD.

Sebuah epik ringan; cerita misteri serigala menyerang kampung, bersandarkan persekitaran tahun 1950an mungkin. Hero yang tidak boleh diharap kerana akhirnya menjadi seekor serigala jadian juga.Dan kesan luka yang boleh beralih2 tempat.Hahaha... Malaysia pun boleh bikin apa?

Apapun, walaupun bukan saya...mungkin ada yang berpuas hati dengan menonton filem ini. Terima kasih buat yang sudi menonton bersama.

Sabtu, 13 Februari 2010

++MenjElanG 14 FebruaRi++

Dan..kita masih berbagi rasa & cerita tentang segala
canda, tawa, duka, tangisan, airmata, kesedihan

Dan.. kita masih lagi & tetap bersama
walau jarak sering membezakan

Dan.. semoga silaturrahim ini tetap selamanya
walau jiwa mungkin tak lagi sejalan

Dan Tuhan terima kasih atas umur yang kau berikan...

** Terima kasih buat semua...