Jumaat, 26 Februari 2010

++Wolf..wOlf..WolF!!++


Wolfman...ini filem yang sempat saya tonton malam minggu lalu setelah sekian lama tidak memilih untuk ke panggung wayang. Bukan cerita terbaru, tapi cukuplah sekadar satu hiburan di malam minggu bersama Mawarbiru & si cinta hatinya...heheh.

Not so bad..tidaklah begitu teruja untuk menonton filem ini. Sengaja memilih genre yang berbeza sedikit, sekadar bersantai. Beberapa teman lebih mencadangkan untuk saya memilih´Percy Jackson-The Lightning Thief´. Tak mengapalah, masih boleh menonton DVD.

Sebuah epik ringan; cerita misteri serigala menyerang kampung, bersandarkan persekitaran tahun 1950an mungkin. Hero yang tidak boleh diharap kerana akhirnya menjadi seekor serigala jadian juga.Dan kesan luka yang boleh beralih2 tempat.Hahaha... Malaysia pun boleh bikin apa?

Apapun, walaupun bukan saya...mungkin ada yang berpuas hati dengan menonton filem ini. Terima kasih buat yang sudi menonton bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan