Jumaat, 19 Mac 2010

++CinTa PhEroMonE??++



Bagaimana sains mentafsir individu itu jatuh cinta dengan pasangannya?

Hasil kajian membuktikan secara saintifiknya,cinta yang seimbang memberi kesan positif pada biologi manusia. Jelas Dr.Thomas Lewis, Pembantu Profesor Klinikal Psikiatri dari Universiti California, Jabatan Perubatan menjelaskan,” Amat mengejutkan, otak manusia tidak stabil secara sendiri.Ia dicipta dengan keadaan di mana ia memerlukan input, ataupun bahan dari luar secara kerap dan teratur bagi menstabilkannya. Oleh itu, kestabilan tubuh anda, sistem imunisasi, penghasilan hormon, gerakan jantung, dan arteri tidak berlaku begitu sahaja dengan input dalaman sedia ada. Ia tidak berlaku hanya kerana kita bernyawa dan tubuh yang menampungnya, ia memerlukan input dari luar. Ia datang daripada orang lain sekitar kita.Oleh itu kita digalakkan mencari cinta yang seimbang jika ingin terus kekal sihat”. Ehm…saya setuju..

Apa kaitannya dengan Pheromone?Anda tahu apa itu Pheromone? Buku bertajuk ‘Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah’ karya Zamri Mohamad & Imran Yusof yang baru saya baca ini mencatatkan, Pheromone adalah hormon yang membantu mewujudkan tarikan antara 2 individu. Ia dilihat sebagai saluran komunikasi cinta peringkat awal. Hormon ini dihasilkan daripada kelenjar badan manusia. Ia mempengaruh otak dan hormon2 lain dalam tubuh. Contohnya tindak balas seseorang pada bau badan manusia.

Yang menariknya, kajian dari Universiti Hospital Huddinge, Sweden mendapati bau badan seseorang mempunyai keunikan sendiri. Ia menjadi identiti yang menarik perhatian orang lain. Hormon ini mampu mewujudkan perasaan suka, cinta dan tarikan seksual serta bertindak balas dengan hormon estrogen yang mempunyai kesan pada perempuan dan hormon testosterone yang mempunyai kesan pada lelaki.

Mungkinkah itu sebabnya saya @ anda jatuh cinta? Tapi bagaimana pula kalau ada yang bau badannya agak kurang menyenangkan? Jatuh cinta…?errr..mungkin tidak!

p/s:Buku ini sebenarnya untuk hadiah perkahwinan sahabat saya Widat Md. Ali. Tahniah! Err..Maaf ye kak…pinjam sat…hehehe…

2 ulasan:

  1. agak2nya bau apa yg mendekatkan kamu dgn si dia? bau roti kah??heheheh...

    BalasPadam
  2. nyummy....rotiiiiiiii......

    BalasPadam