Banyak kali... banyak kali saya cuba untuk mengubah
jalan yang saya tempuh ini, cuba mencari simpang yang lain, arah yang lain,hala tuju yang lain. Memang... banyak kali. Banyak kali juga saya gagal dan masih terperuk di situ.
Kata orang, dalam berusaha mencari kemajuan hidup, sesekali langkah mesti kencang. Lari berlari....kejar mengejar. Buru..memburu...diburu.Norma kehidupan, pasti ada pedih..tapi tak perih..ada sedih tapi tak jerih. Saya cuba untuk berani, walau kadang takut tak dapat yang saya cari. Saya tahu, En.Boss (papa) kami selalu pesan... mencari tak boleh buru-buru, tak boleh lari-lari. Mencari mesti
teliti. Tapi waktu terus
berlari...dan tak kan pernah menunggu. Jika tidak berlari...sekurangnya kami harus berjalan.
Akhirnya...Dia memberi salah satu jalan yang saya cari. Kembali ke tempat di mana Dia juga yang merencanakan gedung ilmu untuk saya. Di sini... di hampir penghujung tahun ini. Saya berhijrah... Alhamdulillah...
Khamis, 20 November 2014
Khamis, 13 November 2014
++TeRasInG++
Mungkin saya harus akui, kini saya semakin merasa asing dengan tulisan² saya sendiri. Kata-kata yang membentuk idea dalam kepala ni terasa begitu aneh dan artifisial. Perkataan yang bermaksudkan inspirasi, sumber, ilham , mood atau entah apa² lagi tu...liat betul mendatang.
Entri ini pun semakin kering dan jauh dari kebijaksanaan seorang amatur yang semakin menganjak umurnya. Padahal dulu saya selalu yakin bahawa keterujaan saya menulis takkan pernah pergi, bahawa tulisan adalah penterjemah kepada buah² fikiran yang lebih ssuai untuk tidak diucapkan. Mungkin, inilah saatnya untuk diam sediam-diamnya. Ataukah sebaliknya? Ahhh..yang lebih tepat. MALAS! Sekian.

Langgan:
Catatan (Atom)