Ya...jika punya kemampuan terutamanya dari segi masa dan kewangan, saya memang suka untuk menjelajah. Kemana sahaja.. dan ia selalunya menjurus kepada minat saya terhadap senibina, senibudaya dan sejarah. Kali ini, saya sebetulnya menerima undangan perkahwinan sepupu perempuan suami di Perak. Lebih tepatnya di Sri Manjung.
Memandangkan jarak yang agak jauh... kira² 8 jam perjalanan dari Johor Bahru dengan menaiki kenderaan cilik saya, saya memilih untuk menyambung kembara menjejak sejarah saya di lubuk bijih timah ini. Yalah.. sekadar untuk memanfaatkan kesempatan bercuti yang ada.
Hari Pertama - 17/9/15
Memulakan perjalanan menggunakan lebuh raya kira² jam 3.30 pagi, dengan berhenti rehat di RNR Air Keroh, Melaka dan Tapah, Perak sebelum berhenti di Simpang Pulai sekitar jam 10.30 pagi dan meneruskan pendakian ke
Cameron Highland yang mengambil masa lebih kurang sejam.