Memaparkan catatan dengan label sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sejarah. Papar semua catatan

Isnin, 5 Oktober 2015

++SiAraN TerTunDa++

Ah...memang lama saya perap entri ini. Seperti yang pernah saya katakan, saya tulis bila saya rasa mahu tulis. Lagipun ini bukan blog berita terkini pun kan... Hahah.

Saya sudah tak berapa ingat tarikh sebenar saya mengunjungi tempat² ini, tapi ia masih berlaku dalam tahun 2015. Saya minat sejarah kerana orang tua saya...Mereka yang banyak mempengaruhi saya sejak kecil. Dan biasanya jejak² yang saya kunjungi, masih setia bersama mereka.

Bukit Kepong, Muar

Kami ke Bukit Kepong , setelah puas berkelah di Hutan Lipur Gunung Ledang sebelum itu. Dan seperti yang digambarkan menerusi filem Bukit Kepong,ini adalah keadaan ketika kami ke lokasi yang sama ....

Isnin, 28 September 2015

++PeRak++

Hari Ketiga - 19/9/15 

Kami bermalam di penginapan inap desa yang terletak tidak jauh dari rumah pengantin. Selesai bersarapan di kedai mamak berhampiran, kami mengambil kesempatan untuk meronda² sekitar bandar Sri Manjung dan bersantai sekejap di Teluk Batik sebelum hadir ke majlis persandingan yang diadakan di sebelah tengah hari.

Teluk Batik
Tahniah En Hisham & Pn Fatin
 






++PeRAk++

Hari Kedua - 18/9/15

Memulakan hari dengan turun semula ke Simpang Pulai sekitar jam 11.00 pagi untuk mengisi perut terlebih dulu. Kemudian menghala ke Batu Gajah kelihatan Taman Herba yang seperti sesak dengan pengunjung, maka saya diteruskan niat untuk ke Kellie's Castle saja.



++PeRak++

Ya...jika punya kemampuan terutamanya dari segi masa dan kewangan, saya memang suka untuk menjelajah. Kemana sahaja.. dan ia selalunya menjurus kepada minat saya terhadap senibina, senibudaya dan sejarah. Kali ini, saya sebetulnya menerima undangan perkahwinan sepupu perempuan suami di Perak. Lebih tepatnya di Sri Manjung.

Memandangkan jarak yang agak jauh... kira² 8 jam perjalanan dari Johor Bahru dengan menaiki kenderaan cilik saya, saya memilih untuk menyambung kembara menjejak sejarah saya di lubuk bijih timah ini. Yalah.. sekadar untuk memanfaatkan kesempatan bercuti yang ada.

Hari Pertama - 17/9/15
Memulakan perjalanan menggunakan lebuh raya kira² jam 3.30 pagi, dengan berhenti rehat di RNR Air Keroh, Melaka dan Tapah, Perak sebelum berhenti di Simpang Pulai sekitar jam 10.30 pagi dan meneruskan pendakian ke Cameron Highland yang mengambil masa lebih kurang sejam.