Selasa, 13 Oktober 2015

++KAbut AsAp++


Kabut asap atau jerebu melanda lagi! Ia sudah seperti acara tahunan bukan? Indonesia masih lagi dipersalahkan kerana menjadi punca permasalahan ini. Sebagai negara dan daerah yang berjiran dengannya, Malaysia dan Singapura menerima tempias yang semakin buruk di setiap harinya.

Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, UTM
UTM ke Oxford ni??
Ia menjejaskan begitu banyak perkara - kesihatan, ekonomi, aktiviti² & acara² penting, pendidikan; malah juga menyebabkan kematian. IPU masih lagi menentukan kadar yang berubah² di beberapa negeri termasuk di Johor ini. Sekolah dan kuliah beberapa kali ditangguhkan, yang bekerja masih perlu teruskan kerja. (UTM dicutikan sehari saja..)

Singapura 'hilang' dari pandangan


Air Hitam - Kluang
Seperti di alam mimpi kan? Fogging ?Atau nak lebih menyedapkan hati....anggap saja seperti di Cameron Highland - kalau 'oversea' macam jauh sangat. Hahahaha.... Memang redup.. Berkabus...Tapi...bahang dan berbau asap!Alhamdulillah, setakat ini saya masih sihat. Harap dapat bertahan selama mungkin. Ahaa...jom kita... :

1) pakai topeng pernafasan
2) minum banyak air masak (kalau amalkan minum madu + serbuk kayu manis pun bagus)
3) kerap basuh muka
4) duduk rumah diam² (kalau off day / dicutikan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan