Kadang-kadang jadi satu perkara yang menyeronokkan juga ya mengenang zaman kanak-kanak? Saya masih ingat lagi, dulu saya adalah antara si kecil yang begitu teruja setiap kali menjelang musim perayaan. Menanti baju baru, makanan yang enak-enak dan yang lebih ditunggu-tunggu...sudah semestinya habuan raya Aidilfitri!
Beberapa perayaan berlalu tahun ini tanpa sempat saya mengucapkan selamat melalui blog ini. Aidiladha dulunya tidak membawa erti yang begitu besar bagi saya...tentang pengorbanan sudah tentu! Tambahan lagi waktu itu, kurang keberanian untuk menyaksikan upacara penyembelihan haiwan-haiwan yang dikorbankan. Yang lebih hanyalah rasa kasihan yang mana sebagai seorang Islam, ia menegah saya daripada menikmati hasil sembelihan tersebut.
Bila tiba hari Natal, saya menjadi penunggu setia di halaman rumah. Hanya semata-mata untuk melihat kemunculan Santa Claus ! Walaupun hanya diberikan taburan manisan dan permainan kecil. Itu sudah cukup menggembirakan. Jika tidakpun, dibawa ke gedung-gedung membeli belah oleh mama dan papa. Semuanya kerana Santa…heheh.
Itu dulu…sekarang saya harus menikmati semuanya sebagai seorang gadis dua puluh enam tahun. Ada yang tidak begitu menggembirakan. Tiada lagi kad-kad ucapan yang menjadi koleksi hiasan di dinding rumah, pelita-pelita tin atau buluh, keterujaan bermain bunga api, mahupun duit raya. Kini semuanya digital, instant dan saya bukan lagi penerima duit, tapi sudah menjadi pemberi pula.Hmmm…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan