Sabtu, 6 Mac 2010

++SweeT MemOriEs In Ice CreAm++

Berseri-seri wajahnya hari ini, senyum yang selalu menempel, sut merah jambu, membuat dia kelihatan begitu segar di petang sebelum kami bersiar-siar ke kota yang ramah ini. Kamu manis, sungguh.

Sememangnya ada temujanji untuk berjumpa hari ini.Walau saya hanya memiliki 5 jam sebelum saya terpaksa beredar menyelesaikan sebahagian misi hari ini. Saya tahu lima belas juta jam sekalipun masih kurang bagi saya untuk membagi semuanya dengannya.

“Dah dapat asam pedas yang dihajatkan?”
“Belum."Jawabnya.Lalu terus saja ke destinasi untuk memulakan aktiviti hari ini.Makan!Hehehe...

Jalan2 cari pasal.Melihat itu & ini tapi tak belipun.Kemudian dia bersuara lagi.
"Jom makan ice cream..." sambil tersenyum lagi.
Dan saya tentu sekali bersetuju.

Dan kami berjalan2 lagi. Saya senang dan belum mahu berhenti.Ternampak pula sekotak coklat berbentuk hati dengan 3 biji coklat didalamnya.

"I love you.." interpretasi dalam hati terpacul di mulut pula.Tapi ada suara yang membalas.
“I love you too.." Blushing. Saya tertawa. Dia berlalu.

Sejenak saya hanya melihatnya dari cermin sisi kereta ketika saya meminta diri untuk pulang. Dia senyum lagi ketika mendapat 'hadiah' kecil seperti biasa.

“I’ll miss you..” Kataku separuh berbisik.

Sayonara...sampai bertemu lagi ya..

3 ulasan:

  1. ehem..ehem...tajuk ni memanggil ku ke sini
    hehehee...
    kisah benar ni rien?

    BalasPadam
  2. ini kisah kak rina nak pi mkn asam pedas tu kan..hehe! wahh cara penulisan seperti keluar degn kekasih! hehehheh!

    BalasPadam