Jumaat, 13 Ogos 2010

++LaskAr PeLaNgi++


Ini filem yang saya pilih menjadi koleksi terbaru filem2 kegemaran saya sebaris dengan ‘Daun Di Atas Bantal’, ‘Banyu Biru’, ‘Biola Tak Berdawai’..‘Pasir Berbisik’ .Penggemar filem Indonesia? Haha..tak juga. Saya hanya meminati genre2 filem seperti itu. Sama juga dengan filem2 & drama Malaysia..’Seorang Tua Di Sg Lembing’, ‘Kuala Selangor’ serta karya2 Khabir Bhatia, Afdlin Shauki & Allahyarhamah Yasmin Ahmad khasnya…

Filem ini adalah sebuah adaptasi dari sebuah novel Laskar Pelangi karya Andrea Hirata yang mengambil setting sekitar akhir tahun 1970an di sebuah desa terpencil, Gantung, Pulau Belitong..sebuah pulau indah yang pernah menjadi pulau terkaya di Indonesia. Ceritanya berkisar tentang 2 orang guru yang begitu tabah mendidik anak2 miskin di pulau tersebut meskipun hanya mempunyai 10 orang murid2 yang sangat istimewa. Walaupun hidup daif, bersekolah juga daif, semangat mereka tidak pernah luntur untuk meneruskan persekolahan dengan bakat & kecerdasan masing2.


Kesimpulannya ia berkisah tentang ketabahan hidup di pinggiran, tentang perjuangan hidup menggapai cita2 yang mengharukan & betapa indahnya persahabatan. 2 thumbs up untuk filem ini!

**Saya telah menontonnya 2x & masih belum jemu..Terima kasih buat seorang sahabat yang telah mempromosikan filem ini kepada saya.

3 ulasan:

  1. dh baca novel tapi blom tgk filemnye..ada dvd ke??

    BalasPadam
  2. rien, me mmg dah ushar lama VCD Laskar Pelangi, tertanya2, best ke tak best? nak beli ke tak? if rien kata two thumbs up, laju2 la me gi beli nnt, hahahhaa!

    BalasPadam
  3. mawar-ada cik..nak pinjam ke?
    emme-pd sy besh la me..tp xtau ar klau me.dah try tngok ke?

    BalasPadam