Khamis, 1 September 2011

++LebARAn 2011++

Menjelang Syawal tempoh hari, saya berjaya menyiapkan misi tahunan saya - pasang pelita! Tapi tahun ini, entah dari mana datang kerajinan untuk saya mengembalikan sifat kreatif ..saya mengubahsuai idea pelita sedia ada menjadi yang berbeza sedikit dari tahun² sudah.Nah, saya kongsikan bersama kalian semua:

Bahan²:
Tin minuman (recycle)
Cat spray (warna - ikut suka)
Paku
Sumbu lilin
Minyak masak
Gunting aluminium

Cara²:
1) Kumpulkan tin² recycle, basuh & keringkan. Gunting & buang bahagian atas tin tersebut.


2) lakarkan apa saja corak yang anda suka pada dinding luar tin² itu. Tetapi pastikan ia hanya mengambil 1/2 ruang yang teratas saja. Kemudian tebek lubang² kecil pada lakaran itu menggunakan paku.Hati² semasa melakukan proses ini.

3) Setelah siap semuanya, spray bahagian luar tin dengan warna kesukaan anda. Saya memilih warna hitam. Biarkan sehingga kering.

4) Masukkan air pada aras 1/4 dari ketinggian tin dan kemudian masukkan sedikit minyak masak. Letakkan sumbu lilin selepas itu dan nyalakan.




Inilah hasilnya...Jimat & mesra alam. Tiada asap & bau minyak tanah.Selamat mencuba!hehehe...

Terkadang cinta, membuat orang berubah terkadang cinta juga

membuat orang jadi sakit hati. mungkin terucap kata2 manis. terkadang berhujung pedih.maaf hatiku bila hatimu tersinggung dengan kata2 ku.

Salam lebaran buat semua ya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan