Ahad, 23 Oktober 2011

++KonVo!KonVo!++

Sudah seminggu berlalu dan mungkin sudah agak terlewat saya mengemaskini jurnal maya saya yang tak seberapa ini.tapi tak mengapalah, itu hanya soal waktu..cepat atau lambat saja kan? Minggu lalu adalah hari konvokesyen KPTM kali ke-28 dimana adik saya adalah salah seorang penerima skrol Diploma IT. Saya mengambil cuti selama 2 hari untuk bersama² menghadirkan diri ke majlis tersebut yang bertempat di PICC, Putrajaya.


Disebabkan giliran adik saya ialah pada hari pertama, sidang pagi, maka beliau dan mama papa saya terpaksa bergegas ke lokasi seawal jam 7.30. Dan disebabkan itu juga kami terpaksalah menginap di bajet hotel yang berhampiran. Bukan tidak ada rumah saudara mara, kamu cuma mahu mengelakkan kesesakkan jalan raya.Maklum la, majlis rasmi kan. Harus la menepati masa.Tak gitu?Kami pergi berlima, tapi hanya mama dan papa saya saja dibenarkan masuk. Maka saya dan abang terpaksalah menunggu di luar.Huhuhu...Konvokesyen ini berlangsung dengan suasana sederhana. Tidak semeriah yang lazimnya di tempat² lain. Hanya tempatnya saja yang gah, tidak ada pesta konvo dan tidak ada apa² acara lain yang menarik. Nasib baik jugalah, malam sebelumnya kami menghabiskan masa dengan acara 'sunting² gambar' di sekitar Putrajaya dan makan² dengan keluarga sepupu saya.


Dalam perjalanan balik, kami mendapat jemputan ke majlis makan² yang diadakan oleh keluarga mertua abang saya. Jadi kami singgah untuk mengisi perut saja...heheheh.Terima kasih untuk segala jasa baik sahabat saya, Emmi Adnan dan sepupu saya Zuraira Nora Anuar serta keluarganya sepanjang kami di Putrajaya. Dan tahniah juga kepada adik saya atas kejayaannya.Semoga mendapat keberkatan dariNya.Aminn...

2 ulasan:

  1. heeeeee~ thx to u too sebab belanja lunch ari tuh! haaahahaha....

    BalasPadam
  2. welkam bekkkk...tadak hal laa..jumpe 5 taon skali kann..hahahaha...

    BalasPadam