Selasa, 21 Oktober 2014

++Ohh...DollAh SupErsTAr++

Hari sudah lewat petang. Jalan yang diiktiraf lebuhraya tetapi sempit, berliku dan penuh lubang itu mulai penuh dengan kenderaan. Sudah lebih setengah jam sejak kita memutuskan untuk melakukan perjalanan ini tapi sejauh pandangan mata kesesakkan jalan raya masih juga tidak berubah, malah semakin sesak. Sempat terfikir mungkin saja waktu kita tidak tepat setelah berulangkali berhimpit² kenderaan dari arah yang sama. Dan kamu cuma tersenyum.

Langit dengan kemahaluasannya tampak serupa raksasa diam ketika saya melaju di tengah kesibukkan lalulintas yang selalu saja menjadi sesuatu yang memanaskan hati.Kamu hanya diam. Sesekali melongo kagum melihat alam atau bergaya berkonsentrasi penuh pada tanjakan dan lekukan yang sedikit sulit. Lalu kamu tersenyum lagi. Ah, jika hidup seumpama perjalanan yang panjang, nescaya perhentian-perhentian sejenak sebelum akhir akan menjadi saat-saat membagi senyum dan melepas lelah dan bukan untuk berkeluh-kesah, mungkin itu yang ingin disampaikan senyummu padaku.

Kamu sedikit gembira ketika melihat tempat yang dituju beberapa puluh meter di depan.Tetapi, akhirnya kita berdua kecewa - ' Dollah Superstar'  tidak ditayangkan untuk sekadar 2 orang penonton?? Arghhh!!! Makanya makan saja la menjadi penyejuk hati. Huhuhu....

Malam semakin lewat. Sudah masanya untuk balik. Satu lagi perjalanan bersamamu, sahabatku, dan saya tak sabar menunggu untuk perjalanan berikutnya. Till we meet again...!

++MeNJadi Tua++






Senyumlah...bila tiba masa ini. Sebab masih banyak mimpi² yang menanti untuk diwujudkan. Masih banyak peristiwa² yang akan buat hidup lebih bermakna. Semakin tua tu tak la menjengkelkan sangat... kan sahabat?

Selamat Hari Ulangtahun cik puan #mawarbiru



Khamis, 28 Ogos 2014

++So CloSe, But Yet....So FArr!!++

Ikut suka kau..bila nak datang kau datang...
bila nak hilang ..kau hilang...

Sesuka kau...kalau nak marah kau marah...
bila nak senyum kau senyum...

Senang2 kau...bila kau nak..berbual macam keretapi...
Bila tak nak...diam buat muka tak 'happy'

Kata kau...itu angin, biar saja...
Itu perangai..orang kena faham...

Dah tu...angin orang..perangai orang..
Jangan kata faham....kau pandang macam haram!

++BiLa SaYa..++





Bila saya...
Kepoh sangat tanya awak macam2..
Janganlah bosan dalam diam..

Bila saya...
Mula buat perangai pelik2 bila awak dengan yang lain..
Mungkin cemburu mengada2...tapi itu bukan main2..

Bila saya..
Kadang2 miang2 kucing..kalah budak2..
Janganlah geli..itu hanya terhad,dengan awak...

Memang susah,bila saya...dah sayang.
Tapi risaulah,bila saya...dah tak sayang.

Khamis, 14 Ogos 2014

++ SendIrI & SenDiriAn++

Assalamualaikum...
Salam untuk semua… Apa khabar? moga sihat sejahtera hendaknya, saya doakan.

Begitu cepat masa berlalu. Itu juga yang selalu saya rasakan, sama seperti sebelum ini. Semuanya terlalu pantas meninggalkan sepertimana saya juga meninggalkan blog ini ...sunyi sesunyinya.


Tapi, ada sesiapa yang peduli ke? Masih ada yang merindui saya? Adik beradik saya, orang-orang yang istimewa di dalam hidup saya, orang yang sentiasa berada di dalam hati saya? Tak apalah, rindu atau tidak mereka kepada saya bukanlah hak bukan satu perkara besar. Yang penting, saya selalu merindui mereka..merindui kamu ..sejujurnya.

Banyak hal yang berlaku sepanjang saya berhibernasi sendiri. Hal-hal yang memaksa saya untuk memberi ruang kepada diri saya, untuk fokus dan lebi banyak memerhati. Saya kini telah bekeluarga. Itu perubahan paling besar untuk saya war2kan kepada sesiapa yang belum tahu.Selebihnya..berlari, tersungkur...jatuh & bangun semula, macam² saya tempuhi. Terima kasih kepada kamu2 yang masih setia di sisi saya...sehingga saya mula menulis kembali. Hari ini.

Ada kehilangan2 yang terpaksa saya lalui,..tertonggeng dengan kesakitan dan perasaan jiwa kacau. Biasalah...itu semua dugaan, bukan? Masa akan terus bergerak dan berubah. Saya dan kalian juga begitu – bergerak dan akan memgalami perubahan demi perubahan. Masa mengubah kita dan kita berubah mengikut masa – hal ini juga berlaku mengikut keperluan serta kepentingan masing-masing.

Saya harap, walau bagaimana sepinya saya menyepikan diri, kamu dan saya akan tetap bersama.Doakan supaya saya tak malas2 ..dan tak selalu degil lagi.  Chest La Vie!

Sabtu, 15 September 2012

++KuIngAtkan DiriMu++

Sayang... kuingatkan dirimu....
Jalanilah hidup dengan seadanya. Jangan menyalahkan takdir kerana itulah yang telah dilukiskan olehNya.
Tetaplah menyungging senyum, biarpun di tengah airmata.Supaya ia dapat menghapus airmata itu.

Sayang... kuingatkan dirimu....
Langkah kaki kita tak selamanya ringan.Tapi Tuhan telah memberikan jalan yang lurus.Agar umatNya dapat menjelajahi hidup seperti yang ditakdirkan.

Sayang... kuingatkan dirimu....
Setitis air matamu menggoreskan luka mendalam bagi hidupku yang menumpang di bahumu.Kerana saya tidak mahu melihatmu berduka.Saya harus mengembalikan senyummu.

Sayang... kuingatkan dirimu....
Setitik air matamu bukan hanya melukakan malah menimbulkan nanah kebencian mendalam yang harus saya hapuskan dari fikiranmu supaya kamu tidak lagi berdendam.

Sayang... kuingatkan dirimu....
Setitik air matamu yang mengalir akan saya hapus dengan cinta yang tak henti.Kerana ia begitu bernilai di hatiku.

Sayang kuingatkan dirimu....
Bahawa ku tak bisa hidup tanpamu...

Jumaat, 9 Mac 2012

++FeB 17....++

dari banyak keputusan,
saya telah memilih

dari banyak kesempatan,
saya telah menggunakan

dari ramai pencinta,
saya telah memilih dia

dari banyak rahmat
saya telah mensyukurinya

dari banyak segala
saya telah mengecapnya

dan ini menjadi sebuah langkah
yang telah saya pilih