Sabtu, 26 Disember 2009

++KemBali Ke TiTik Nol++

Disember datang lagi. Tengkujuh masih tersisa.Dingin dengan hujan yang masih lagi membasahi bumi.

Syukurlah...Walaupun masih melihat hal yang sama setiap hari, melakukan hal yang sama, menikmati hal yang sama, beruntung masih dipanjangkan usia untuk menempuh peralihan tahun lagi dan diberikan kesempatan untuk hidup dan bersyukur lebih lama.
Ah,memang sudah namanya hidup, sahabat. Kita selalunya yang merasakan hal yang sama pada tiap senyum dan sakit. Menjejaki jalan-jalan yang panjang dimana kita hanya boleh menoleh kebelakang tapi tak mungkin mampu kembali, dimana jejak-jejak kaki kita sendiri yang telah membuat semuanya berbeza. Kita tak akan kembali menjadi kita yang kelmarin kerana semua titik berada pada satah yang berbeza.

Masa akan tetap berlalu. Malah mungkin terasa begitu pantas pada waktu-waktu tertentu. Tapi, jangan lupa untuk berhenti sejenak menganalisa semula apa-apa yang kita lakukan. Ya,hanya untuk menyedarkan kembali bahawa hidup ini sebenarnya berharga atau untuk mengingatkan bahawa selalu ada cahaya bernama harapan, bahawa kita tidak pernah berjalan sendiri, bahawa kita masih dibawah peliharaanNya sentiasa.
Apapun yang berlaku pada tahun ini, sudah tiba masanya untuk kembalik ke titik nol. Dengan azam baru & semangat baru. Selamat Tahun Baru semua!

++DuLu...++

Kadang-kadang jadi satu perkara yang menyeronokkan juga ya mengenang zaman kanak-kanak? Saya masih ingat lagi, dulu saya adalah antara si kecil yang begitu teruja setiap kali menjelang musim perayaan. Menanti baju baru, makanan yang enak-enak dan yang lebih ditunggu-tunggu...sudah semestinya habuan raya Aidilfitri!
Beberapa perayaan berlalu tahun ini tanpa sempat saya mengucapkan selamat melalui blog ini. Aidiladha dulunya tidak membawa erti yang begitu besar bagi saya...tentang pengorbanan sudah tentu! Tambahan lagi waktu itu, kurang keberanian untuk menyaksikan upacara penyembelihan haiwan-haiwan yang dikorbankan. Yang lebih hanyalah rasa kasihan yang mana sebagai seorang Islam, ia menegah saya daripada menikmati hasil sembelihan tersebut.

Bila tiba hari Natal, saya menjadi penunggu setia di halaman rumah. Hanya semata-mata untuk melihat kemunculan Santa Claus ! Walaupun hanya diberikan taburan manisan dan permainan kecil. Itu sudah cukup menggembirakan. Jika tidakpun, dibawa ke gedung-gedung membeli belah oleh mama dan papa. Semuanya kerana Santa…heheh.

Itu dulu…sekarang saya harus menikmati semuanya sebagai seorang gadis dua puluh enam tahun. Ada yang tidak begitu menggembirakan. Tiada lagi kad-kad ucapan yang menjadi koleksi hiasan di dinding rumah, pelita-pelita tin atau buluh, keterujaan bermain bunga api, mahupun duit raya. Kini semuanya digital, instant dan saya bukan lagi penerima duit, tapi sudah menjadi pemberi pula.Hmmm…

++SeCret… ReCipe !Yumm..++






Blink² lagi di kotak monitor PC pejabat saya. Ada yang memanggil melalui ruangan Skype nampaknya.
‘Babe..free tak esok?’ seorang kenalan bertanya aktiviti hujung minggu saya.
‘Mungkin..kenapa?’
‘Gan ajak makan..Secret Recipe?’

Agak lama juga tidak berkunjung ke antara premis ‘murah’ini. Kebanyakkan pengunjungnya terdiri daripada golongan pertengahan saja. Lihat saja hidangannya. Dapat membayangkan harganya bukan?

‘Watermelon?’
‘Bukan saya…saya minta air tembikai!’
Hahahaha…ada juga yang buat lawak kering. Saya lebih gemar Cheese Cake atau Tiramisu di sini. Ditambah dengan secawan kecil Espreso yang begitu lekat menyaluri kerongkong.

Tapi kali ini saya menukar menu kepada Chocolate Indulgence, Macaroni Cheese dan segelas Lemon Tea sebagai imbangan. Ini kali pertama saya ke sini bersama rakan seramai satu team futsal. Just a nice Sunday hanging around with non ordinary friend…not bad!

2.30pm…Masa untuk menghantar ‘tauke’ ke istananya semula. Thanks for you treat bro!

Sabtu, 21 November 2009

++AKu WaNita BiaSa++

Kali pertama terdengar lagu ini adalah di pagi hari ketika dalam perjalanan ke office.Hmm..macam besh je?

Bergegas on pc dan cari seseorang yang boleh diharap, bukan penggodam...cuma raja copycat...tak sampai beberapa minit, lagu Kris Dayanti-Aku Wanita Biasa ni ada ada dalam playlist mp3 HP saya.Hehehe.Thanks bro..!

Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus1]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus2]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku.

++MaSih RindU??++

Kalau diperkatakan soal cinta & kasih sayang ternyata takkan pernah ada hujungnya didunia ini terutama jika menyentuh soal rindu, sakit hati, ataupun kecewa.
Sudah berapa kali anda cuba untuk merasakan cinta?
Sudah berapakali anda merasakan kecewa dan mengecewakan?
Sudah berapa kali kah anda merasakan kerinduan akan kehilangan?

Sepertimana beberapa hari lalu, saya menemui seseorang yang telah agak ‘jauh’ dari hari² yang saya lalui.Terkejut juga bila menerima pelawaannya setelah sekian lama dia menjauh. Lantas kenangan bersamanya berputar seperti tayangan wayang, kenangan manis dan pahit yang pernah dilalui bersamanya.

Dia masih sama seperti yang dulu saya kenal, tetap dengan senyumnya yang masih menyamankan. Pertemuan yang berlangsung seperti lebih menjurus kepada saling bertanya khabar dan kegiatan serta masih tentang kehidupan harian.

Anehnya sepanjang pertemuan itu, dia yang selalunya agak pendiam,lebih lancar berbicara berbanding saya.Tertanya² tujuan sebenar pertemuan itu, dia hanya tersenyum tanpa jawapan yang pasti.Ah, dia memang selalu begitu. Senyum, senyum dan senyum lagi.Seseorang mengatakan,” Mungkin dia merindui kamu…”

Sampai disini saya diam & memutuskan untuk tidak melanjutkan persoalan tersebut, kerana saya rasa saya tidak lagi memiliki hak apapun dalam kehidupannya saat ini, jadi untuk apa dia datang lagi? Tapi, mungkin juga memang benar masih ada rindu.

Ternyata saya tak mampu berbohong pada diri saya sendiri kalau kenangan akan sebuah pengharapan itu masih ada tersimpan untuknya walau hanya sebatas kenangan. Kalau sebenarnya saya masih merindui nyaman senyuman & senda guraunya.

Masih sayangkah saya atau hanya sekadar mengalami dejavu akan masa lalu? Entahlah…mungkin dia akan tetap menjadi seseorang yang pernah menyayangi saya & akan saya ingat & hormati hingga hujung nyawa…

++TahuKAh KaMu??++

Dear……
Sedar tak….Ketika percakapan tanpa sengajamu membuat saya terluka?
Setiap kalinya, saya merasakan mungkin diam itu lebih baik.( sehingga ada yang menganggap saya tak punya perasaan.Haha!)
Dalam hati … Tak mengapa, mungkin kamu tidak bermaksud demikian..

Dear….
Sedar tak….Ketika kamu dengan niat membuat hatiku luka pedih?
Hatiku berbisik…. Jangan bersedih.Mungkin dia hanya bergurau. Atau mungkin dia begitu kerana dia sayangkan kamu dan inginkan yang terbaik buat kamu. Walaupun penyampaiannya tidak seharusnya begitu…..

Dear….
Tahu tak? Saya selalu bimbang ketika memikirkan bagaimana penyampaian yang tepat agar tak menyakiti dan menyinggung lembut hatimu, untuk menyatakan kamu tidak sepatutnya bersikap seperti itu.
Dan saat saya memilih cara yang saya fikir paling halus….
Ternyata kamu tetap merasa kecewa, dan masih merasakan saya menyakitimu (atau apakah perlu kita menjadi hipokrit?)

Dear….
Mengertilah.. Ketika kamu beranggapan begitu….
Saya merasa lebih sakit kerana kamu orang yang sangat kusayangi dan kukasihi telah merasa terluka kerana saya.
Dear….
Seandainya saya punya pilihan, biarlah saya yang merasa sakit walaupun saya juga manusia biasa sepertimu, bahkan mungkin lebih rapuh. Namun bagiku lebih baik begitu daripada terus mengguris luka dihatimu dalam sedar ataupun tidak. Tak mengapa..kerana hati ini memang telah penuh dengan kesan² luka yang pelbagai.

Namun sakitnya tak begitu terasa kerana ia selalunya dibaluti dengan lembut kasih sayangmu, yang telah kamu berikan dengan melimpah ruah tanpa harap balas, lebih dari yang ku harapkan.

Dear…
Mungkin kita belum saling mengerti, memahami dan menerima apa adanya. Namun
ia tidak bermaksud bahawa kita tak berhak untuk menikmati indahnya silaturahim ini kerana kita sebenarnya sudah bersatu…dalam jiwa.

Dear
Maaf kan jika apa yang saya lakukan selalu saja membuat kamu terluka dan menimbulkan kesal serta amarah yang barangkali hanya kerana kehadiranku yang membuat kamu merasakan semua itu.

Jumaat, 13 November 2009

++KEmbali SeNYum++

Ini telingaku..mengadulah jika kamu terasa lelah.Kerana itulah yang biasa kamu luahkan kepadaku.

Ini bahuku...menangislah ketika kamu kesedihan. Kerana itulah yang biasa kamu titiskan di depanku.

Ceritakanlah apa jua yang membuatmu rawan.
Ceritakanlah apa jua yang membuatmu berduka.

Saya takkan pernah memaksa & saya takkan pernah lari darimu
Cukup bagiku walau hanya melihatmu kembali tersenyum
Supaya ia dapat ku simpan sebagai kenangan

Bangun & senyumlah dalam canda tawamu
Kerana hanya bahagia yang kumiliki darimu saat ini...