Sabtu, 26 Disember 2009

++KemBali Ke TiTik Nol++

Disember datang lagi. Tengkujuh masih tersisa.Dingin dengan hujan yang masih lagi membasahi bumi.

Syukurlah...Walaupun masih melihat hal yang sama setiap hari, melakukan hal yang sama, menikmati hal yang sama, beruntung masih dipanjangkan usia untuk menempuh peralihan tahun lagi dan diberikan kesempatan untuk hidup dan bersyukur lebih lama.
Ah,memang sudah namanya hidup, sahabat. Kita selalunya yang merasakan hal yang sama pada tiap senyum dan sakit. Menjejaki jalan-jalan yang panjang dimana kita hanya boleh menoleh kebelakang tapi tak mungkin mampu kembali, dimana jejak-jejak kaki kita sendiri yang telah membuat semuanya berbeza. Kita tak akan kembali menjadi kita yang kelmarin kerana semua titik berada pada satah yang berbeza.

Masa akan tetap berlalu. Malah mungkin terasa begitu pantas pada waktu-waktu tertentu. Tapi, jangan lupa untuk berhenti sejenak menganalisa semula apa-apa yang kita lakukan. Ya,hanya untuk menyedarkan kembali bahawa hidup ini sebenarnya berharga atau untuk mengingatkan bahawa selalu ada cahaya bernama harapan, bahawa kita tidak pernah berjalan sendiri, bahawa kita masih dibawah peliharaanNya sentiasa.
Apapun yang berlaku pada tahun ini, sudah tiba masanya untuk kembalik ke titik nol. Dengan azam baru & semangat baru. Selamat Tahun Baru semua!

++DuLu...++

Kadang-kadang jadi satu perkara yang menyeronokkan juga ya mengenang zaman kanak-kanak? Saya masih ingat lagi, dulu saya adalah antara si kecil yang begitu teruja setiap kali menjelang musim perayaan. Menanti baju baru, makanan yang enak-enak dan yang lebih ditunggu-tunggu...sudah semestinya habuan raya Aidilfitri!
Beberapa perayaan berlalu tahun ini tanpa sempat saya mengucapkan selamat melalui blog ini. Aidiladha dulunya tidak membawa erti yang begitu besar bagi saya...tentang pengorbanan sudah tentu! Tambahan lagi waktu itu, kurang keberanian untuk menyaksikan upacara penyembelihan haiwan-haiwan yang dikorbankan. Yang lebih hanyalah rasa kasihan yang mana sebagai seorang Islam, ia menegah saya daripada menikmati hasil sembelihan tersebut.

Bila tiba hari Natal, saya menjadi penunggu setia di halaman rumah. Hanya semata-mata untuk melihat kemunculan Santa Claus ! Walaupun hanya diberikan taburan manisan dan permainan kecil. Itu sudah cukup menggembirakan. Jika tidakpun, dibawa ke gedung-gedung membeli belah oleh mama dan papa. Semuanya kerana Santa…heheh.

Itu dulu…sekarang saya harus menikmati semuanya sebagai seorang gadis dua puluh enam tahun. Ada yang tidak begitu menggembirakan. Tiada lagi kad-kad ucapan yang menjadi koleksi hiasan di dinding rumah, pelita-pelita tin atau buluh, keterujaan bermain bunga api, mahupun duit raya. Kini semuanya digital, instant dan saya bukan lagi penerima duit, tapi sudah menjadi pemberi pula.Hmmm…

++SeCret… ReCipe !Yumm..++






Blink² lagi di kotak monitor PC pejabat saya. Ada yang memanggil melalui ruangan Skype nampaknya.
‘Babe..free tak esok?’ seorang kenalan bertanya aktiviti hujung minggu saya.
‘Mungkin..kenapa?’
‘Gan ajak makan..Secret Recipe?’

Agak lama juga tidak berkunjung ke antara premis ‘murah’ini. Kebanyakkan pengunjungnya terdiri daripada golongan pertengahan saja. Lihat saja hidangannya. Dapat membayangkan harganya bukan?

‘Watermelon?’
‘Bukan saya…saya minta air tembikai!’
Hahahaha…ada juga yang buat lawak kering. Saya lebih gemar Cheese Cake atau Tiramisu di sini. Ditambah dengan secawan kecil Espreso yang begitu lekat menyaluri kerongkong.

Tapi kali ini saya menukar menu kepada Chocolate Indulgence, Macaroni Cheese dan segelas Lemon Tea sebagai imbangan. Ini kali pertama saya ke sini bersama rakan seramai satu team futsal. Just a nice Sunday hanging around with non ordinary friend…not bad!

2.30pm…Masa untuk menghantar ‘tauke’ ke istananya semula. Thanks for you treat bro!