Sabtu, 26 Disember 2009

++KemBali Ke TiTik Nol++

Disember datang lagi. Tengkujuh masih tersisa.Dingin dengan hujan yang masih lagi membasahi bumi.

Syukurlah...Walaupun masih melihat hal yang sama setiap hari, melakukan hal yang sama, menikmati hal yang sama, beruntung masih dipanjangkan usia untuk menempuh peralihan tahun lagi dan diberikan kesempatan untuk hidup dan bersyukur lebih lama.
Ah,memang sudah namanya hidup, sahabat. Kita selalunya yang merasakan hal yang sama pada tiap senyum dan sakit. Menjejaki jalan-jalan yang panjang dimana kita hanya boleh menoleh kebelakang tapi tak mungkin mampu kembali, dimana jejak-jejak kaki kita sendiri yang telah membuat semuanya berbeza. Kita tak akan kembali menjadi kita yang kelmarin kerana semua titik berada pada satah yang berbeza.

Masa akan tetap berlalu. Malah mungkin terasa begitu pantas pada waktu-waktu tertentu. Tapi, jangan lupa untuk berhenti sejenak menganalisa semula apa-apa yang kita lakukan. Ya,hanya untuk menyedarkan kembali bahawa hidup ini sebenarnya berharga atau untuk mengingatkan bahawa selalu ada cahaya bernama harapan, bahawa kita tidak pernah berjalan sendiri, bahawa kita masih dibawah peliharaanNya sentiasa.
Apapun yang berlaku pada tahun ini, sudah tiba masanya untuk kembalik ke titik nol. Dengan azam baru & semangat baru. Selamat Tahun Baru semua!

2 ulasan:

  1. ey..org kan dah masuk thun baru mgu lepas... apalaalambat..? nway,good luck rena!

    BalasPadam
  2. hehehe..ala, kira ok la.tu tahun baru hijrah..ni tahun baru masihi plak..

    BalasPadam