Jumaat, 31 Disember 2010

++HuJan Di Akhir DiSemBer++

Pada ketika setiap orang melihat hal yang sama setiap hari, melakukan hal yang sama, menikmati hal yang sama..di suatu sudut hidup yang lain, saya masih diberi kesempatan untuk terus hidup dan bersyukur lebih lama pada saat pelbagai perkara melindas kepala dan di sudut lain ada juga sahabat² yang tiba-tiba membawa sepi yang dibungkus rapi oleh kertas berlabel SEDIH.

Uh.. kita yang mulai datang dan menghadapi hidup, sahabat. Kita yang merasakan hal yang sama pada tiap senyum dan sakit. Menjejaki jalan² yang panjang dimana kita hanya dibenarkan menoleh ke belakang tetapi tidak untuk berundur, dimana jejak-jejak kaki kita telah membuat semua benda menjadi berbeza, dimana kita tak akan kembali menjadi kita yang kelmarin, dimana semua titik adalah tempat yang berlainan.

Dan...akan ada detik yang memerlukan kita berhenti sejenak untuk mengertikan apa-apa yang kita lakukan. Kadang² hanya untuk membuat kita perlu sentiasa sedar bahawa hidup ini sedemikian berharga atau untuk mengingatkan bahawa selalu ada cahaya bernama harapan, bahawa kita tidak pernah berjalan sendiri, bahawa selalu ada sahabat di samping kita atau untuk kembali percaya bahawa kita sebenarnya masih ada dalam kawalanNya.

Dan akhir Disember ini, turun hujan; larutkan kisah-kisah hidup kita pada dinginnya. Semoga saya & anda semua akan menjalani hidup yang lebih baik. Selamat Tahun Baru 2011!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan