Jumaat, 28 Januari 2011
++SOmEboDy TeLl Me...++
Jumaat, 14 Januari 2011
++LAsT 2010 ReView++
Saya sempat menontonnya buat pertama kali dengan Kanda. Not so bad...walaupun sambutannya keseluruhannya tidaklah begitu memberangsangkan.
Kisah bermula apabila Estet Cinta Manis digemparkan dengan berita mengenai perlawanan bolasepak yang akan di adakan bersama Estet Red Cobra yang telah 20 tahun tidak dipertandingkan.
Farid dan Shashi adalah dua orang pekerja estet yang berkenalan sejak lahir. Mereka berdua sering menjadi harapan pekerja estet yang lain untuk menyelamatkan penindasan yang berlaku pada setiap hari oleh kerani estet iaitu Encik Pooniah. Tidak hairanlah seorang gadis cantik, Geetha begitu tertawan dengan heroism dan kebenaran hati Farid dan Shashi itu.
Setiap penghuni estet ingin mewakili estet untuk menjuarai pertandingan itu. Sessi latihan dan pemilihan pemain pun diadakan oleh Subramaniam iaitu bapa Geetha yang dilantik sebagai jurulatih. Pelbagai kerenah dan lebihan gaya yang terpaksa Subramaniam atasi untuk mendidik anak buahnya itu.
Ayah kepada Shashi, Apaa, rupa-rupanya dahulu adalah pemain bola negeri yang sangat mahir tetapi telah berlaku insiden semasa perlawanan bolasepak estet itu dahulu dimana kaki beliau telah di patah tiga oleh Sofi Jikan iaitu samseng estet sebelah yang sengaja ingin menamatkan karier Apaa atas upahan Pooniah 20 tahun yang lalu! Hidupnya kini penuh kekecewaan dan perlawanan bola kali ini disambut dingin oleh beliau.
Tujuan diadakan kembali pertandingan bola itu adalah hasil dari cubaan Pooniah untuk memiliki Geetha sebagai tebusan bagi Subramaniam supaya melangsaikan hutangnya kepada Pooniah. Jika mereka menang di dalam perlawanan itu segala hutang pokok dan bunga Subramaniam akan langsai tetapi jika sebaliknya mereka gagal, Geetha akan menjadi milik Pooniah!
Masalah itu membuat Subramaniam putus asa lalu ingin membunuh diri. Beliau sempat diselamatkan oleh Geetha dan merayu supaya ayahnya itu mencari peluang untuk menyelesaikan masalah itu dengan semangat bukan putus asa.
Permasalahan itu sebaliknya menguatkan lagi semangat setiakawan di antara pekerja estet mereka dan mereka berjanji akan gigih berlatih supaya mereka akan memperolehi kemenangan. Sudah tentu Pooniah dan koncu-koncunya cuba sedaya upaya pula untuk menghalang pasukan Subramaniam dari menang.
Apakah kesudahannya? Silalah menontonnya sendiri yea...
# The Chronicles of Narnia -The Voyage of the Dawn Treader
# Barney -Good Food Good Time
Sambutan ulangtahun berkumpulan & jamuan tahunan tahun ini berlangsung di Barney, Kluang. Kali ini tidak begitu ramai seperti tahun lepas kerana ramai yang tidak berkesempatan meluangkan masa. Tema masih Western Food.
Rabu, 12 Januari 2011
++SetAhun LAgI++
Alhamdulillah…Selamat Ulangtahun Rina!
Terima kasih Tuhan atas kesempatan yang diberikan padaku.
Kesempatan untuk berupaya merasakan kebahagiaan, kesedihan, duka, suka, dendam, rindu, dan segala perasaan yang dirasakan oleh manusia pada umumnya.
Umur ini semakin berkurang walau dalam hitungan itu bertambah, mudah mudahan dengan semakin berkurangnya umur ku maka pengalamanku tentang hidup semakin meningkat
Tuhan jika saya boleh meminta lagi padaMu tolong :
Limpahkan lagi hati yang luas ya Tuhan agar saya selalu mampu bersabar dalam menghadapi segala yang terjadi dalam hidupku.
Berikan saya ikhlas dan tulus yang tiada batas agar saya mampu selalu tersenyum bahagia walau dengan dugaan yang saya alami.
Tuhan.. terima kasih..
Terima kasih atas jiwa jiwa yang kau kirimkan untuk menemani diri ku dalam hidup ini, muliakan dia disisiMu ya Tuhan, jangan biarkan sahabat sahabat ku berpaling dari jalan Mu, beri mereka kesihatan, rezeki yang halal, dan kuat kan mereka jika dalam menerima dugaan.
sekali lagi Tuhan... Terima kasih
selamat ulang tahun diri ku semoga mampu menjadi lebih bererti bagi orang lain dan tidak lagi hanya sekadar tahu erti manisnya balas dendam.
Amiin…