Jumaat, 14 Januari 2011

++LAsT 2010 ReView++

Ini merupakan review untuk beberapa peristiwa akhir 2010 yang tidak sempat saya jurnalkan di sini. Cukup hanya diringkaskan dalam 1 entry saja ya...

# Estet - Filem Kollywood Malaysia


Saya sempat menontonnya buat pertama kali dengan Kanda. Not so bad...walaupun sambutannya keseluruhannya tidaklah begitu memberangsangkan.

Kisah bermula apabila Estet Cinta Manis digemparkan dengan berita mengenai perlawanan bolasepak yang akan di adakan bersama Estet Red Cobra yang telah 20 tahun tidak dipertandingkan.

Farid dan Shashi adalah dua orang pekerja estet yang berkenalan sejak lahir. Mereka berdua sering menjadi harapan pekerja estet yang lain untuk menyelamatkan penindasan yang berlaku pada setiap hari oleh kerani estet iaitu Encik Pooniah. Tidak hairanlah seorang gadis cantik, Geetha begitu tertawan dengan heroism dan kebenaran hati Farid dan Shashi itu.

Setiap penghuni estet ingin mewakili estet untuk menjuarai pertandingan itu. Sessi latihan dan pemilihan pemain pun diadakan oleh Subramaniam iaitu bapa Geetha yang dilantik sebagai jurulatih. Pelbagai kerenah dan lebihan gaya yang terpaksa Subramaniam atasi untuk mendidik anak buahnya itu.

Ayah kepada Shashi, Apaa, rupa-rupanya dahulu adalah pemain bola negeri yang sangat mahir tetapi telah berlaku insiden semasa perlawanan bolasepak estet itu dahulu dimana kaki beliau telah di patah tiga oleh Sofi Jikan iaitu samseng estet sebelah yang sengaja ingin menamatkan karier Apaa atas upahan Pooniah 20 tahun yang lalu! Hidupnya kini penuh kekecewaan dan perlawanan bola kali ini disambut dingin oleh beliau.

Tujuan diadakan kembali pertandingan bola itu adalah hasil dari cubaan Pooniah untuk memiliki Geetha sebagai tebusan bagi Subramaniam supaya melangsaikan hutangnya kepada Pooniah. Jika mereka menang di dalam perlawanan itu segala hutang pokok dan bunga Subramaniam akan langsai tetapi jika sebaliknya mereka gagal, Geetha akan menjadi milik Pooniah!

Masalah itu membuat Subramaniam putus asa lalu ingin membunuh diri. Beliau sempat diselamatkan oleh Geetha dan merayu supaya ayahnya itu mencari peluang untuk menyelesaikan masalah itu dengan semangat bukan putus asa.

Permasalahan itu sebaliknya menguatkan lagi semangat setiakawan di antara pekerja estet mereka dan mereka berjanji akan gigih berlatih supaya mereka akan memperolehi kemenangan. Sudah tentu Pooniah dan koncu-koncunya cuba sedaya upaya pula untuk menghalang pasukan Subramaniam dari menang.

Apakah kesudahannya? Silalah menontonnya sendiri yea...

# The Chronicles of Narnia -The Voyage of the Dawn Treader

Sila rujuk entry Mawarbiru

# Barney -Good Food Good Time

Sambutan ulangtahun berkumpulan & jamuan tahunan tahun ini berlangsung di Barney, Kluang. Kali ini tidak begitu ramai seperti tahun lepas kerana ramai yang tidak berkesempatan meluangkan masa. Tema masih Western Food.


BBQ Chicken, Seafood Fried Rice, Seafood Alfredo, Grill Chicken,
Chunky Chix, Tiramisu, ' Gunung Lambak'

Bosan jek muke tokey...ahahah

"Yesterday is a history. Tomorrow is a misery. And today? Today is a gift. That's why we call it present."
Babatunde Olatunji

Tiada ulasan:

Catat Ulasan