Sabtu, 15 September 2012

++KuIngAtkan DiriMu++

Sayang... kuingatkan dirimu....
Jalanilah hidup dengan seadanya. Jangan menyalahkan takdir kerana itulah yang telah dilukiskan olehNya.
Tetaplah menyungging senyum, biarpun di tengah airmata.Supaya ia dapat menghapus airmata itu.

Sayang... kuingatkan dirimu....
Langkah kaki kita tak selamanya ringan.Tapi Tuhan telah memberikan jalan yang lurus.Agar umatNya dapat menjelajahi hidup seperti yang ditakdirkan.

Sayang... kuingatkan dirimu....
Setitis air matamu menggoreskan luka mendalam bagi hidupku yang menumpang di bahumu.Kerana saya tidak mahu melihatmu berduka.Saya harus mengembalikan senyummu.

Sayang... kuingatkan dirimu....
Setitik air matamu bukan hanya melukakan malah menimbulkan nanah kebencian mendalam yang harus saya hapuskan dari fikiranmu supaya kamu tidak lagi berdendam.

Sayang... kuingatkan dirimu....
Setitik air matamu yang mengalir akan saya hapus dengan cinta yang tak henti.Kerana ia begitu bernilai di hatiku.

Sayang kuingatkan dirimu....
Bahawa ku tak bisa hidup tanpamu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan