Khamis, 14 Ogos 2014

++ SendIrI & SenDiriAn++

Assalamualaikum...
Salam untuk semua… Apa khabar? moga sihat sejahtera hendaknya, saya doakan.

Begitu cepat masa berlalu. Itu juga yang selalu saya rasakan, sama seperti sebelum ini. Semuanya terlalu pantas meninggalkan sepertimana saya juga meninggalkan blog ini ...sunyi sesunyinya.


Tapi, ada sesiapa yang peduli ke? Masih ada yang merindui saya? Adik beradik saya, orang-orang yang istimewa di dalam hidup saya, orang yang sentiasa berada di dalam hati saya? Tak apalah, rindu atau tidak mereka kepada saya bukanlah hak bukan satu perkara besar. Yang penting, saya selalu merindui mereka..merindui kamu ..sejujurnya.

Banyak hal yang berlaku sepanjang saya berhibernasi sendiri. Hal-hal yang memaksa saya untuk memberi ruang kepada diri saya, untuk fokus dan lebi banyak memerhati. Saya kini telah bekeluarga. Itu perubahan paling besar untuk saya war2kan kepada sesiapa yang belum tahu.Selebihnya..berlari, tersungkur...jatuh & bangun semula, macam² saya tempuhi. Terima kasih kepada kamu2 yang masih setia di sisi saya...sehingga saya mula menulis kembali. Hari ini.

Ada kehilangan2 yang terpaksa saya lalui,..tertonggeng dengan kesakitan dan perasaan jiwa kacau. Biasalah...itu semua dugaan, bukan? Masa akan terus bergerak dan berubah. Saya dan kalian juga begitu – bergerak dan akan memgalami perubahan demi perubahan. Masa mengubah kita dan kita berubah mengikut masa – hal ini juga berlaku mengikut keperluan serta kepentingan masing-masing.

Saya harap, walau bagaimana sepinya saya menyepikan diri, kamu dan saya akan tetap bersama.Doakan supaya saya tak malas2 ..dan tak selalu degil lagi.  Chest La Vie!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan