Ahad, 1 November 2015

++UntuK yAnG TerLupA++


Jangan kau pamer angkuh di dada
Mentang² pangkat kau punya...
Dongak ke langit..marhaen di lupa
tak kau pandang sebelah mata

Jangan kalungkan sombong di leher
Mentang² kuasa .. yg sikit, kau pamer²
memerintah... meninggi suara
menolak pinggang setinggi dada

Silakan punya pangkat & kuasa 
tapi janganlah bongkak pd sesama
ingatlah ... kau jadi orang
yang dulu pun lahir telanjang
tanpa seurat benang
lupakah...dari apa kau diciptakan
air hina yang disempurnakan
dengan rahmat Tuhan

Heii...
Tak malukah? ... bukan kau yg berhak
Tak sedarkah? ... tanah siapa yg kau pijak
Jauh mana boleh kau bawa nama..
Lalu...kau kira kau siapa??

Rabu, 28 Oktober 2015

++TariAn PenA++

Lama juga saya tak melukis..melakar.... secara manual. Skill masih ada..cuma banyak  kurang di sana sini. Tak apalah, ia mungkin berharga bagi yang tahu menilai. Lagipun saya melukis suka².. macam menulis.

ini 1st attempt....


Khamis, 22 Oktober 2015

++NoTa UtK AwAk++

Hai...

Apa khabar?
Maaf, saya tinggalkan waktu untuk kamu dengan sedar

Berharap agar wujud rindu
Untuk yang mungkin menunggu

Jangan bimbang, saya masih ada
Dengan rindu yang dilipat agar tak ketara

Nanti akan saya kirimkan
Periksa dalam hati...ya, disitu - mana tahu ketemu

Telah saya selitkan cinta bersama
Serta dihias sedikit rasa luka

Harap terbalas rindunya - jika ada
Moga terasa di setiap rongga

Jika tersasar - silalah cari sungguh² di mana
Kerana saya ... telah hampir tak mampu menanggungnya


Selasa, 20 Oktober 2015

++HaPPy BirThDay Babe!++

Aku mungkin tak akan selalu menyuakan kek & lilin hari jadi untuk mengingatkan berapa tahun hidupmu telah menjadi sejarah. Aku mungkin tidak akan selalu berada di sisimu, menghembuskan semangat dan doa ke telingamu mahupun jua ke segenap pelusuk jiwamu. Satu hari nanti juga, kita tak akan lagi dapat berpimpin tangan, merangkul bahu atau juga bercerita tentang segala hal.

Cukuplah, kalau kamu tahu... i am there in you, as you are here in me.

Happy birthday babe.... :)

Selasa, 13 Oktober 2015

++KAbut AsAp++


Kabut asap atau jerebu melanda lagi! Ia sudah seperti acara tahunan bukan? Indonesia masih lagi dipersalahkan kerana menjadi punca permasalahan ini. Sebagai negara dan daerah yang berjiran dengannya, Malaysia dan Singapura menerima tempias yang semakin buruk di setiap harinya.

Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, UTM
UTM ke Oxford ni??
Ia menjejaskan begitu banyak perkara - kesihatan, ekonomi, aktiviti² & acara² penting, pendidikan; malah juga menyebabkan kematian. IPU masih lagi menentukan kadar yang berubah² di beberapa negeri termasuk di Johor ini. Sekolah dan kuliah beberapa kali ditangguhkan, yang bekerja masih perlu teruskan kerja. (UTM dicutikan sehari saja..)

Singapura 'hilang' dari pandangan


Air Hitam - Kluang
Seperti di alam mimpi kan? Fogging ?Atau nak lebih menyedapkan hati....anggap saja seperti di Cameron Highland - kalau 'oversea' macam jauh sangat. Hahahaha.... Memang redup.. Berkabus...Tapi...bahang dan berbau asap!Alhamdulillah, setakat ini saya masih sihat. Harap dapat bertahan selama mungkin. Ahaa...jom kita... :

1) pakai topeng pernafasan
2) minum banyak air masak (kalau amalkan minum madu + serbuk kayu manis pun bagus)
3) kerap basuh muka
4) duduk rumah diam² (kalau off day / dicutikan)

Isnin, 5 Oktober 2015

++SiAraN TerTunDa++

Ah...memang lama saya perap entri ini. Seperti yang pernah saya katakan, saya tulis bila saya rasa mahu tulis. Lagipun ini bukan blog berita terkini pun kan... Hahah.

Saya sudah tak berapa ingat tarikh sebenar saya mengunjungi tempat² ini, tapi ia masih berlaku dalam tahun 2015. Saya minat sejarah kerana orang tua saya...Mereka yang banyak mempengaruhi saya sejak kecil. Dan biasanya jejak² yang saya kunjungi, masih setia bersama mereka.

Bukit Kepong, Muar

Kami ke Bukit Kepong , setelah puas berkelah di Hutan Lipur Gunung Ledang sebelum itu. Dan seperti yang digambarkan menerusi filem Bukit Kepong,ini adalah keadaan ketika kami ke lokasi yang sama ....

Isnin, 28 September 2015

++PeRak++

Hari Ketiga - 19/9/15 

Kami bermalam di penginapan inap desa yang terletak tidak jauh dari rumah pengantin. Selesai bersarapan di kedai mamak berhampiran, kami mengambil kesempatan untuk meronda² sekitar bandar Sri Manjung dan bersantai sekejap di Teluk Batik sebelum hadir ke majlis persandingan yang diadakan di sebelah tengah hari.

Teluk Batik
Tahniah En Hisham & Pn Fatin
 






++PeRAk++

Hari Kedua - 18/9/15

Memulakan hari dengan turun semula ke Simpang Pulai sekitar jam 11.00 pagi untuk mengisi perut terlebih dulu. Kemudian menghala ke Batu Gajah kelihatan Taman Herba yang seperti sesak dengan pengunjung, maka saya diteruskan niat untuk ke Kellie's Castle saja.



++PeRak++

Ya...jika punya kemampuan terutamanya dari segi masa dan kewangan, saya memang suka untuk menjelajah. Kemana sahaja.. dan ia selalunya menjurus kepada minat saya terhadap senibina, senibudaya dan sejarah. Kali ini, saya sebetulnya menerima undangan perkahwinan sepupu perempuan suami di Perak. Lebih tepatnya di Sri Manjung.

Memandangkan jarak yang agak jauh... kira² 8 jam perjalanan dari Johor Bahru dengan menaiki kenderaan cilik saya, saya memilih untuk menyambung kembara menjejak sejarah saya di lubuk bijih timah ini. Yalah.. sekadar untuk memanfaatkan kesempatan bercuti yang ada.

Hari Pertama - 17/9/15
Memulakan perjalanan menggunakan lebuh raya kira² jam 3.30 pagi, dengan berhenti rehat di RNR Air Keroh, Melaka dan Tapah, Perak sebelum berhenti di Simpang Pulai sekitar jam 10.30 pagi dan meneruskan pendakian ke Cameron Highland yang mengambil masa lebih kurang sejam.

Selasa, 15 September 2015

++SeLAmAT HAri LAhiR BuDAk KuDut++

hari tu --
masa mama beritahu kau ada dalam perutnya;
tak tau apa yang perlu dirasakan masa tu.

yang pasti--
rasa cemburu melebihi kegembiraan;
sebab utama, kau akan di panggil adik--
gelaran milikku setelah 6 tahun .

pada hari lahirnya kau, 15 Sept 1989;

rasa menyampah sebab kau adalah lelaki.
hahahah ---

selamat hari lahir, mohd adib redzuan.
dan terima kasih kerana membuat akak kau jadi akak kawasan...
puihhh!! >>>

Selasa, 21 April 2015

++AkU BatU++

Setelah detik itu...aku seperti batu yang kau lemparkan ke kolam itu. Jauh....tenggelam tapi tetap ada.Mungkin kita takkan lagi selalu berjumpa atau berbagi cerita...Tapi cukupla nanti...kalau bersentuh bahu..bertegur sapa.

Aku tak benci kau..
Si kenari merah...

Cuma...

Penat.

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

p/s: macam lagu ni la plak...

Ahad, 19 April 2015

++PuTUs SuDah....++

"Malam ini akulah seniman
Setelah kita putuskan tunangan
Tiada kawan yang dapat meneka
Ku berduka..."


Sudah - sudahlah.... kamu tau tak, hidup ni pendek. Dan hidup memang selalu bukan seperti yang kamu inginkan. Ini mungkin bahagian untuk kamu hari ini.. tapi sedar tak, yang telah sedia menunggu kita adalah destinasi yang sama? Kita juga dari permulaan yang sama?

Cukup - cukuplah dengan kepura-puraan. Kamu berhak untuk bersedih tapi tak perlulah berlanjut-lanjutan. Kamu manusia kuat, pejantan tangguh.... takkan ampuh kerana cinta dunia? Bukankah lelaki...harus selalu kuat...harus bisa jadi tahan banting? Tak gitu?

Hadap saja..setidaknya ada 1001 hikmah yang baik untuk setiap masalah yg datang..Cuma kamu yg belum memikirkannya...

Relaks la bro..... :)

 

Jumaat, 13 Mac 2015

++DeSa BakTi++


Selamat datang, silakan duduk.... di sinilah tempat baru kami berdiam diri, berteduh dan mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan dan menempuh masa depan.Nanti akan kami rebuskan air, mungkin juga menghidangkan sedikit kudapan -- jika ada. Haa sebentar lagi air mendidih, siap untuk secawan teh, atau kopi. mana yang anda sukai?


Silakan duduk, maaf jika kami kurang sopan berinteraksi. Kami memang baru di sini dan kurang mempunyai masa untuk berkunjung dan berbual kosong.  Kami memang suka bergaul tapi bukan dengan yang suka mengadu domba. Ah, kami hanya tak suka membuang-buang masa dan tenaga. Sekadar bertegur sapa...tak mengapa.

Silakan duduk. maaf... kami hanya punya sedikit bahan bacaan.. suratkhabar dan majalah - cukuplah untuk mengisi masa jika anda perlu menunggu kami. Silakan minum. maaf kalau tak manis. Silakan makan, segala apa yang kami ikhlaskan.

Err...apa khabar anda hari ini?


Isnin, 16 Februari 2015

++JalAn² Cari PasAl++

1) Jam baru menunjukkan pukul lapan setengah pagi. Sejuk betul. Memang, hawa di Johor akhir-akhir ini sangat nyaman, matahari pun macam segan² untuk muncul (7.30 pagi masih seperti jam 7.00 pagi). Kerana itu, saya tertidur semula selepas bangkit subuh tadi.(Selalunya terjadi di hari cuti.Hehehe... ).

Keseorangan dan saya pun keluar dari rumah untuk jalan-jalan cari pasal.Hahaha...Jam 10, masih sejuk. Lalu saya menyusuri jalanan ke Sutera Mall yg masih sepi, parking lot pun masih kosong. Ini kali kedua saya mengunjungi pusat membeli belah seawal pagi macam ni, dan masih berdua dengan teman yang sama - Cik Pn Mawarbiru.

Target pertama, kami kunjungi 6D CS Motion Master. Cuba untuk merasai pengalaman menonton wayang dalam teknologi 6D untuk sekitar kurang dari 10min. Tiket dibeli melalui groupon oleh Mawarbiru dan dia memilih movie 'Adventure Roller Coaster' Movie. Not bad.




Kedua, melawat ke My Library. Menarik juga, walaupun sekadar boleh dikatakan mini library. Tak adil la untuk dibandingkan dengan Perpustakaan Raja Zarith Sofea yang setiap hari saya hadap tu.Haha... 

Ketiga, haruslah ada JJCM. Kali ni kami cuba makan di Amphawa Boat Noodle, di kawasan luar Sutera Mall. Tak pernah rasa pengalaman makan boat noodle macam betul² di Amphawa Canal, Bangkok, makan di sini pun jadi la.Sedap la gak. Nama menu, memang saya tak dapat nak ingat walaupun tak banyak. Tapi, mungkin disebabkan harganya serendah dari RM1.90...sampai botingkek² mangkuk orang di sebelah kami.... 



 2) Berlaku pada minggu seterusnya selepas acara diatas, JJCM pula di Black Canyon, Bukit Indah. Pertama kali juga ke sini. Kali ini kami melibatkan encik² suami pula. Bukan selalu dapat berkumpul berempat macam ni walaupun masing di kawasan Johor Bahru juga. Alhamdulillah, kredit kepada En.Roslizan.Jumpa lagi lain kali.
 
 











 

Isnin, 12 Januari 2015

++SyuKur...++


Tak ada yang lebih besar saya harap dari helai rambut yang menggambarkan usia selain doa², ucapan manis, peluk cium ayah bonda dan para kesayangan saya yang lainnya.


Tak ada apa yang harus saya harapkan dari hembusan nafas yang memadamkan api lilin itu, selain dikurniakan kesihatan berpanjangan , rasa bahagia dan menjadi orang yang lebih kuat....lebih baik dari setiap harinya.

Terima kasih kepadaNya,  keluarga besar saya, suami, sahabat handai ..wai'ma strangers² sekalian.
Syukran Jazilan...


Ahad, 11 Januari 2015

++ScHaTz...++

malam² kita tak selalu indah dengan mimpi²
siang kita tak selalu terang dengan sejuknya embun pagi

tapi sekurang²nya kita sepakat dalam banyak hal
dari hari, minggu ke bulan; alhamdulillah masih kekal

makin jauh berjalan,kamu makin faham tentang kita
dan saya semakin kebal, dengan caci maki dan puji²

kamu kian mahir membaca gelagat saya
dan saya masih saja selalu gagal meneka

mungkin saya terlalu naif pada bahasa badan
walhal kamu menggayakan dengan penuh sopan

tapi setidaknya kita sama mengerti
banyak yang mesti kita pelajari

walau langkah kita tak selalu seiringan
walau arah kita tak selalu sehaluan

Selasa, 6 Januari 2015

++HorEy..HoReY++

Saya dikunjungi oleh keluarga En.Pooh (abg) beberapa hari yang lepas.2D1N di kediaman saya menjadikan tanggungjawab saya dan En.Mikimos (adik) serta tunangnya untuk melayan. Macam biasa. kitorg di 'pow' oleh askar² kecik En.Pooh ni. Mainan, seluar, selipar....makan²...minum². Almaklum lah..makcik & pakcik kesayangan.Huhu...

Pendek cerita..tempat pertama saya  bawa ialah Hutan Bandar di Mutiara Rini:





 Kedua, tempat artificial light ala² I-city di tengah² bandaraya JB, tapi malangnya off pulak. Maka ke Bazar Karat la kita...

 Rasa cam kat Las Vegas plak...

 En.Boss n Lady Boss

Bila melibatkan aktiviti macam kupu² malam ni, memang dah tentu² la awal pagi baru sampai ke rumah. Sudahnya sampai ke subuh saya tak boleh melelapkan mata.Huhuhu... Esok tengah harinya, sesi ke Zoo Johor pulak:





 Abg rabbit ...d bday boy
En.Mikimos dgn awek gedik beliau

Akhir sekali, lepak minum kat Medan Selera sebelah bomba. Malamnya En.Pooh sekeluarga bertolak balik ke Parit Raja. Mak aihhh..ngantuk gile lerrr...

**pic artificial light tu dr ops jalan² yang sebelum ni....


Isnin, 5 Januari 2015

++Selamat DaTang 2015++


Musim pertama tahun ini...di mana telah berlalu tahun yang penuh mencabar mungkin bagi semua orang. Di negeri ini hujan kini kian liar, kini kian kejam, kini kian airmata. Khabarnya banyak negeri yang terjejas kerana limpahan air bah.

 
Di negeri yang musim basahnya menggigilkan mimpi ini...saya sedang kembali belajar untuk membina kehidupan baru, di tempat yang lama. Masih di negeri Darul Takzim...  tempat saya mula menconteng²..melakar²...dan menulis hingga hujan reda. Alhamdulillah..keadaan di sini tidak seperti beberapa negeri yang lainnya. Matahari mula terbit.Selamat datang 2015...datanglah dengan semua yang baik² saja.. inshaAllah.