Hari Kedua - 18/9/15
Memulakan hari dengan turun semula ke Simpang Pulai sekitar jam 11.00 pagi untuk mengisi perut terlebih dulu. Kemudian menghala ke Batu Gajah kelihatan Taman Herba yang seperti sesak dengan pengunjung, maka saya diteruskan niat untuk ke Kellie's Castle saja.
Isnin, 28 September 2015
++PeRak++
Ya...jika punya kemampuan terutamanya dari segi masa dan kewangan, saya memang suka untuk menjelajah. Kemana sahaja.. dan ia selalunya menjurus kepada minat saya terhadap senibina, senibudaya dan sejarah. Kali ini, saya sebetulnya menerima undangan perkahwinan sepupu perempuan suami di Perak. Lebih tepatnya di Sri Manjung.
Memandangkan jarak yang agak jauh... kira² 8 jam perjalanan dari Johor Bahru dengan menaiki kenderaan cilik saya, saya memilih untuk menyambung kembara menjejak sejarah saya di lubuk bijih timah ini. Yalah.. sekadar untuk memanfaatkan kesempatan bercuti yang ada.
Hari Pertama - 17/9/15
Memulakan perjalanan menggunakan lebuh raya kira² jam 3.30 pagi, dengan berhenti rehat di RNR Air Keroh, Melaka dan Tapah, Perak sebelum berhenti di Simpang Pulai sekitar jam 10.30 pagi dan meneruskan pendakian ke Cameron Highland yang mengambil masa lebih kurang sejam.

Selasa, 15 September 2015
++SeLAmAT HAri LAhiR BuDAk KuDut++
hari tu --
masa mama beritahu kau ada dalam perutnya;
tak tau apa yang perlu dirasakan masa tu.
yang pasti--
rasa cemburu melebihi kegembiraan;
sebab utama, kau akan di panggil adik--
gelaran milikku setelah 6 tahun .
pada hari lahirnya kau, 15 Sept 1989;
selamat hari lahir, mohd adib redzuan.
dan terima kasih kerana membuat akak kau jadi akak kawasan...

rasa menyampah sebab kau adalah lelaki.
hahahah ---
hahahah ---
selamat hari lahir, mohd adib redzuan.
dan terima kasih kerana membuat akak kau jadi akak kawasan...
Selasa, 21 April 2015
++AkU BatU++
Setelah detik itu...aku seperti batu yang kau lemparkan ke kolam itu. Jauh....tenggelam tapi tetap ada.Mungkin kita takkan lagi selalu berjumpa atau berbagi cerita...Tapi cukupla nanti...kalau bersentuh bahu..bertegur sapa.
Aku tak benci kau..
Si kenari merah...
Cuma...
Penat.
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
p/s: macam lagu ni la plak...
Aku tak benci kau..
Si kenari merah...
Cuma...
Penat.
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
p/s: macam lagu ni la plak...
Ahad, 19 April 2015
++PuTUs SuDah....++
"Malam ini akulah seniman
Setelah kita putuskan tunangan
Tiada kawan yang dapat meneka
Ku berduka..."
Sudah - sudahlah.... kamu tau tak, hidup ni pendek. Dan hidup memang selalu bukan seperti yang kamu inginkan. Ini mungkin bahagian untuk kamu hari ini.. tapi sedar tak, yang telah sedia menunggu kita adalah destinasi yang sama? Kita juga dari permulaan yang sama?
Cukup - cukuplah dengan kepura-puraan. Kamu berhak untuk bersedih tapi tak perlulah berlanjut-lanjutan. Kamu manusia kuat, pejantan tangguh.... takkan ampuh kerana cinta dunia? Bukankah lelaki...harus selalu kuat...harus bisa jadi tahan banting? Tak gitu?
Hadap saja..setidaknya ada 1001 hikmah yang baik untuk setiap masalah yg datang..Cuma kamu yg belum memikirkannya...
Relaks la bro..... :)

Jumaat, 13 Mac 2015
++DeSa BakTi++
Silakan duduk. maaf... kami hanya punya sedikit bahan bacaan.. suratkhabar dan majalah - cukuplah untuk mengisi masa jika anda perlu menunggu kami. Silakan minum. maaf kalau tak manis. Silakan makan, segala apa yang kami ikhlaskan.
Err...apa khabar anda hari ini?
Isnin, 16 Februari 2015
++JalAn² Cari PasAl++
1) Jam baru menunjukkan pukul lapan setengah pagi. Sejuk betul. Memang, hawa di Johor akhir-akhir
ini sangat nyaman, matahari pun macam segan² untuk muncul (7.30 pagi masih seperti jam 7.00 pagi). Kerana itu, saya tertidur semula selepas bangkit subuh tadi.(Selalunya terjadi di hari cuti.Hehehe... ).
Keseorangan dan saya pun keluar dari rumah untuk jalan-jalan cari pasal.Hahaha...Jam 10, masih sejuk. Lalu saya menyusuri jalanan ke Sutera Mall yg masih sepi, parking lot pun masih kosong. Ini kali kedua saya mengunjungi pusat membeli belah seawal pagi macam ni, dan masih berdua dengan teman yang sama - Cik Pn Mawarbiru.
Target pertama, kami kunjungi 6D CS Motion Master. Cuba untuk merasai pengalaman menonton wayang dalam teknologi 6D untuk sekitar kurang dari 10min. Tiket dibeli melalui groupon oleh Mawarbiru dan dia memilih movie 'Adventure Roller Coaster' Movie. Not bad.
Kedua, melawat ke My Library. Menarik juga, walaupun sekadar boleh dikatakan mini library. Tak adil la untuk dibandingkan dengan Perpustakaan Raja Zarith Sofea yang setiap hari saya hadap tu.Haha...
Ketiga, haruslah ada JJCM. Kali ni kami cuba makan di Amphawa Boat Noodle, di kawasan luar Sutera Mall. Tak pernah rasa pengalaman makan boat noodle macam betul² di Amphawa Canal, Bangkok, makan di sini pun jadi la.Sedap la gak. Nama menu, memang saya tak dapat nak ingat walaupun tak banyak. Tapi, mungkin disebabkan harganya serendah dari RM1.90...sampai botingkek² mangkuk orang di sebelah kami....
2) Berlaku pada minggu seterusnya selepas acara diatas, JJCM pula di Black Canyon, Bukit Indah. Pertama kali juga ke sini. Kali ini kami melibatkan encik² suami pula. Bukan selalu dapat berkumpul berempat macam ni walaupun masing di kawasan Johor Bahru juga. Alhamdulillah, kredit kepada En.Roslizan.Jumpa lagi lain kali.
Keseorangan dan saya pun keluar dari rumah untuk jalan-jalan cari pasal.Hahaha...Jam 10, masih sejuk. Lalu saya menyusuri jalanan ke Sutera Mall yg masih sepi, parking lot pun masih kosong. Ini kali kedua saya mengunjungi pusat membeli belah seawal pagi macam ni, dan masih berdua dengan teman yang sama - Cik Pn Mawarbiru.
Target pertama, kami kunjungi 6D CS Motion Master. Cuba untuk merasai pengalaman menonton wayang dalam teknologi 6D untuk sekitar kurang dari 10min. Tiket dibeli melalui groupon oleh Mawarbiru dan dia memilih movie 'Adventure Roller Coaster' Movie. Not bad.
Kedua, melawat ke My Library. Menarik juga, walaupun sekadar boleh dikatakan mini library. Tak adil la untuk dibandingkan dengan Perpustakaan Raja Zarith Sofea yang setiap hari saya hadap tu.Haha...
2) Berlaku pada minggu seterusnya selepas acara diatas, JJCM pula di Black Canyon, Bukit Indah. Pertama kali juga ke sini. Kali ini kami melibatkan encik² suami pula. Bukan selalu dapat berkumpul berempat macam ni walaupun masing di kawasan Johor Bahru juga. Alhamdulillah, kredit kepada En.Roslizan.Jumpa lagi lain kali.
Langgan:
Catatan (Atom)