Isnin, 16 Februari 2015

++JalAn² Cari PasAl++

1) Jam baru menunjukkan pukul lapan setengah pagi. Sejuk betul. Memang, hawa di Johor akhir-akhir ini sangat nyaman, matahari pun macam segan² untuk muncul (7.30 pagi masih seperti jam 7.00 pagi). Kerana itu, saya tertidur semula selepas bangkit subuh tadi.(Selalunya terjadi di hari cuti.Hehehe... ).

Keseorangan dan saya pun keluar dari rumah untuk jalan-jalan cari pasal.Hahaha...Jam 10, masih sejuk. Lalu saya menyusuri jalanan ke Sutera Mall yg masih sepi, parking lot pun masih kosong. Ini kali kedua saya mengunjungi pusat membeli belah seawal pagi macam ni, dan masih berdua dengan teman yang sama - Cik Pn Mawarbiru.

Target pertama, kami kunjungi 6D CS Motion Master. Cuba untuk merasai pengalaman menonton wayang dalam teknologi 6D untuk sekitar kurang dari 10min. Tiket dibeli melalui groupon oleh Mawarbiru dan dia memilih movie 'Adventure Roller Coaster' Movie. Not bad.




Kedua, melawat ke My Library. Menarik juga, walaupun sekadar boleh dikatakan mini library. Tak adil la untuk dibandingkan dengan Perpustakaan Raja Zarith Sofea yang setiap hari saya hadap tu.Haha... 

Ketiga, haruslah ada JJCM. Kali ni kami cuba makan di Amphawa Boat Noodle, di kawasan luar Sutera Mall. Tak pernah rasa pengalaman makan boat noodle macam betul² di Amphawa Canal, Bangkok, makan di sini pun jadi la.Sedap la gak. Nama menu, memang saya tak dapat nak ingat walaupun tak banyak. Tapi, mungkin disebabkan harganya serendah dari RM1.90...sampai botingkek² mangkuk orang di sebelah kami.... 



 2) Berlaku pada minggu seterusnya selepas acara diatas, JJCM pula di Black Canyon, Bukit Indah. Pertama kali juga ke sini. Kali ini kami melibatkan encik² suami pula. Bukan selalu dapat berkumpul berempat macam ni walaupun masing di kawasan Johor Bahru juga. Alhamdulillah, kredit kepada En.Roslizan.Jumpa lagi lain kali.
 
 











 

Isnin, 12 Januari 2015

++SyuKur...++


Tak ada yang lebih besar saya harap dari helai rambut yang menggambarkan usia selain doa², ucapan manis, peluk cium ayah bonda dan para kesayangan saya yang lainnya.


Tak ada apa yang harus saya harapkan dari hembusan nafas yang memadamkan api lilin itu, selain dikurniakan kesihatan berpanjangan , rasa bahagia dan menjadi orang yang lebih kuat....lebih baik dari setiap harinya.

Terima kasih kepadaNya,  keluarga besar saya, suami, sahabat handai ..wai'ma strangers² sekalian.
Syukran Jazilan...


Ahad, 11 Januari 2015

++ScHaTz...++

malam² kita tak selalu indah dengan mimpi²
siang kita tak selalu terang dengan sejuknya embun pagi

tapi sekurang²nya kita sepakat dalam banyak hal
dari hari, minggu ke bulan; alhamdulillah masih kekal

makin jauh berjalan,kamu makin faham tentang kita
dan saya semakin kebal, dengan caci maki dan puji²

kamu kian mahir membaca gelagat saya
dan saya masih saja selalu gagal meneka

mungkin saya terlalu naif pada bahasa badan
walhal kamu menggayakan dengan penuh sopan

tapi setidaknya kita sama mengerti
banyak yang mesti kita pelajari

walau langkah kita tak selalu seiringan
walau arah kita tak selalu sehaluan

Selasa, 6 Januari 2015

++HorEy..HoReY++

Saya dikunjungi oleh keluarga En.Pooh (abg) beberapa hari yang lepas.2D1N di kediaman saya menjadikan tanggungjawab saya dan En.Mikimos (adik) serta tunangnya untuk melayan. Macam biasa. kitorg di 'pow' oleh askar² kecik En.Pooh ni. Mainan, seluar, selipar....makan²...minum². Almaklum lah..makcik & pakcik kesayangan.Huhu...

Pendek cerita..tempat pertama saya  bawa ialah Hutan Bandar di Mutiara Rini:





 Kedua, tempat artificial light ala² I-city di tengah² bandaraya JB, tapi malangnya off pulak. Maka ke Bazar Karat la kita...

 Rasa cam kat Las Vegas plak...

 En.Boss n Lady Boss

Bila melibatkan aktiviti macam kupu² malam ni, memang dah tentu² la awal pagi baru sampai ke rumah. Sudahnya sampai ke subuh saya tak boleh melelapkan mata.Huhuhu... Esok tengah harinya, sesi ke Zoo Johor pulak:





 Abg rabbit ...d bday boy
En.Mikimos dgn awek gedik beliau

Akhir sekali, lepak minum kat Medan Selera sebelah bomba. Malamnya En.Pooh sekeluarga bertolak balik ke Parit Raja. Mak aihhh..ngantuk gile lerrr...

**pic artificial light tu dr ops jalan² yang sebelum ni....


Isnin, 5 Januari 2015

++Selamat DaTang 2015++


Musim pertama tahun ini...di mana telah berlalu tahun yang penuh mencabar mungkin bagi semua orang. Di negeri ini hujan kini kian liar, kini kian kejam, kini kian airmata. Khabarnya banyak negeri yang terjejas kerana limpahan air bah.

 
Di negeri yang musim basahnya menggigilkan mimpi ini...saya sedang kembali belajar untuk membina kehidupan baru, di tempat yang lama. Masih di negeri Darul Takzim...  tempat saya mula menconteng²..melakar²...dan menulis hingga hujan reda. Alhamdulillah..keadaan di sini tidak seperti beberapa negeri yang lainnya. Matahari mula terbit.Selamat datang 2015...datanglah dengan semua yang baik² saja.. inshaAllah.

Khamis, 20 November 2014

++KerAna TuhAn utk MaNusiA++

Banyak kali... banyak kali saya cuba untuk mengubah jalan yang saya tempuh ini, cuba mencari simpang yang lain, arah yang lain,hala tuju  yang lain. Memang... banyak kali. Banyak kali juga saya gagal dan masih terperuk di situ.

Kata orang, dalam berusaha mencari kemajuan hidup, sesekali langkah mesti kencang. Lari berlari....kejar mengejar. Buru..memburu...diburu.Norma kehidupan, pasti ada pedih..tapi tak perih..ada sedih tapi tak jerih. Saya cuba untuk berani, walau kadang takut tak dapat yang saya cari. Saya tahu, En.Boss (papa) kami selalu pesan... mencari tak boleh buru-buru, tak boleh lari-lari. Mencari mesti teliti. Tapi waktu terus berlari...dan tak kan pernah menunggu. Jika tidak berlari...sekurangnya kami harus berjalan.



Akhirnya...Dia memberi salah satu jalan yang saya cari. Kembali ke tempat di mana Dia juga yang merencanakan gedung ilmu untuk saya. Di sini... di hampir penghujung tahun ini. Saya berhijrah... Alhamdulillah...




Khamis, 13 November 2014

++TeRasInG++

Mungkin saya harus akui, kini saya semakin merasa asing dengan tulisan² saya sendiri. Kata-kata yang membentuk idea dalam kepala ni terasa begitu aneh dan artifisial. Perkataan yang bermaksudkan inspirasi, sumber, ilham , mood atau entah apa² lagi tu...liat betul mendatang.


Entri ini pun semakin kering dan jauh dari kebijaksanaan seorang amatur yang semakin menganjak umurnya. Padahal dulu saya selalu yakin bahawa keterujaan saya menulis takkan pernah pergi, bahawa tulisan adalah penterjemah kepada buah² fikiran yang lebih ssuai untuk tidak diucapkan. Mungkin, inilah saatnya untuk diam sediam-diamnya. Ataukah sebaliknya? Ahhh..yang lebih tepat. MALAS! Sekian.