Ah...memang lama saya perap entri ini. Seperti yang pernah saya katakan, saya tulis bila saya rasa mahu tulis. Lagipun ini bukan blog berita terkini pun kan... Hahah.
Saya sudah tak berapa ingat tarikh sebenar saya mengunjungi tempat² ini, tapi ia masih berlaku dalam tahun 2015. Saya minat sejarah kerana orang tua saya...Mereka yang banyak mempengaruhi saya sejak kecil. Dan biasanya jejak² yang saya kunjungi, masih setia bersama mereka.
Bukit Kepong, Muar
Kami ke Bukit Kepong , setelah puas berkelah di Hutan Lipur Gunung Ledang sebelum itu. Dan seperti yang digambarkan menerusi filem Bukit Kepong,ini adalah keadaan ketika kami ke lokasi yang sama ....
Isnin, 5 Oktober 2015
Isnin, 28 September 2015
++PeRak++
Hari Ketiga - 19/9/15
Kami bermalam di penginapan inap desa yang terletak tidak jauh dari rumah pengantin. Selesai bersarapan di kedai mamak berhampiran, kami mengambil kesempatan untuk meronda² sekitar bandar Sri Manjung dan bersantai sekejap di Teluk Batik sebelum hadir ke majlis persandingan yang diadakan di sebelah tengah hari.

![]() |
| Teluk Batik |
![]() | |||||
Tahniah En Hisham & Pn Fatin
|
++PeRAk++
Hari Kedua - 18/9/15
Memulakan hari dengan turun semula ke Simpang Pulai sekitar jam 11.00 pagi untuk mengisi perut terlebih dulu. Kemudian menghala ke Batu Gajah kelihatan Taman Herba yang seperti sesak dengan pengunjung, maka saya diteruskan niat untuk ke Kellie's Castle saja.

Ya...jika punya kemampuan terutamanya dari segi masa dan kewangan, saya memang suka untuk menjelajah. Kemana sahaja.. dan ia selalunya menjurus kepada minat saya terhadap senibina, senibudaya dan sejarah. Kali ini, saya sebetulnya menerima undangan perkahwinan sepupu perempuan suami di Perak. Lebih tepatnya di Sri Manjung.
Memandangkan jarak yang agak jauh... kira² 8 jam perjalanan dari Johor Bahru dengan menaiki kenderaan cilik saya, saya memilih untuk menyambung kembara menjejak sejarah saya di lubuk bijih timah ini. Yalah.. sekadar untuk memanfaatkan kesempatan bercuti yang ada.
Hari Pertama - 17/9/15
Memulakan perjalanan menggunakan lebuh raya kira² jam 3.30 pagi, dengan berhenti rehat di RNR Air Keroh, Melaka dan Tapah, Perak sebelum berhenti di Simpang Pulai sekitar jam 10.30 pagi dan meneruskan pendakian ke Cameron Highland yang mengambil masa lebih kurang sejam.

Selasa, 15 September 2015
++SeLAmAT HAri LAhiR BuDAk KuDut++
hari tu --
masa mama beritahu kau ada dalam perutnya;
tak tau apa yang perlu dirasakan masa tu.
yang pasti--
rasa cemburu melebihi kegembiraan;
sebab utama, kau akan di panggil adik--
gelaran milikku setelah 6 tahun .
pada hari lahirnya kau, 15 Sept 1989;
selamat hari lahir, mohd adib redzuan.
dan terima kasih kerana membuat akak kau jadi akak kawasan...

rasa menyampah sebab kau adalah lelaki.
hahahah ---
hahahah ---
selamat hari lahir, mohd adib redzuan.
dan terima kasih kerana membuat akak kau jadi akak kawasan...
Selasa, 21 April 2015
++AkU BatU++
Setelah detik itu...aku seperti batu yang kau lemparkan ke kolam itu. Jauh....tenggelam tapi tetap ada.Mungkin kita takkan lagi selalu berjumpa atau berbagi cerita...Tapi cukupla nanti...kalau bersentuh bahu..bertegur sapa.
Aku tak benci kau..
Si kenari merah...
Cuma...
Penat.
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
p/s: macam lagu ni la plak...
Aku tak benci kau..
Si kenari merah...
Cuma...
Penat.
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
p/s: macam lagu ni la plak...
Ahad, 19 April 2015
++PuTUs SuDah....++
"Malam ini akulah seniman
Setelah kita putuskan tunangan
Tiada kawan yang dapat meneka
Ku berduka..."
Sudah - sudahlah.... kamu tau tak, hidup ni pendek. Dan hidup memang selalu bukan seperti yang kamu inginkan. Ini mungkin bahagian untuk kamu hari ini.. tapi sedar tak, yang telah sedia menunggu kita adalah destinasi yang sama? Kita juga dari permulaan yang sama?
Cukup - cukuplah dengan kepura-puraan. Kamu berhak untuk bersedih tapi tak perlulah berlanjut-lanjutan. Kamu manusia kuat, pejantan tangguh.... takkan ampuh kerana cinta dunia? Bukankah lelaki...harus selalu kuat...harus bisa jadi tahan banting? Tak gitu?
Hadap saja..setidaknya ada 1001 hikmah yang baik untuk setiap masalah yg datang..Cuma kamu yg belum memikirkannya...
Relaks la bro..... :)

Langgan:
Catatan (Atom)