Ahad, 28 November 2010

++KaWen..KaWen..++

Tahniah kepada 2 pasang pengantin yang saya hadiri perkahwinan mereka hari ini - 27/11/10.





#1 Abit & Lukman - Majlis diadakan di rumah pengantin perempuan (sepupu saya) di Batu Pahat , Johor. Walaupun tiada acara persandingan seperti kebiasaan, namun majlis tetap meriah. Yang penting, asalkan hukum yang wajib terlaksana & kedua2 mempelai gembira.

Abit & Lukman

#2 Pasangan kedua tidak saya kenali, sekadar menemani Pn.Mawarbiru kerana pasangan ini adalah sahabat lamanya ketika berada di Sekolah Tun Aminah, Batu Pahat. Perjalananan yang agak jauh - Merlimau, Melaka. Walaupun sampai agak lewat, tapi saya berjaya membawa pulang sepasang kacamata hitam kerana berjaya menjawab teka-teki yang disampaikan oleh DJ majlis tersebut.

Barang ini ada di rumah, tetapi bila diterbalikkan, ia akan berada di permukaan air - TIKAR!

Terasa macam bijak sekejap..hehehe.Tahniah kepada kedua2 pasangan pengantin. Semoga cinta sentiasa menyintai kamu. Dan terima kasih juga kepada Pn.Mawarbiru untuk perjalanan sepanjang hari ini. Sampai jumpa lagi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan