Buku itu saya dapatkan satu pakej bersama dengan seorang sahabat, yang saya rindui selepas beberapa ketika mengalami beberapa kekangan untuk meluangkan masa dengannya.
Negeri 5 Menara:A.Fuadi
Petang Sabtu, sehabis menyelesaikan beberapa kerja di pejabat, saya bergegas menemuinya di daerah kelahiran saya…Batu Pahat. Ada dua temujanji sebenarnya yang harus saya hadiri.
“Nak beli apa?” Satu soalan muncul setelah kami selesai makan tengah hari.
“Buku…Err, novel sebenarnya.” Ah, saya memang sudah lama tidak membeli bahan bacaan.
Buku itu untuk saya. Mulanya saya menjumpainya di sebuah gedung buku di pekan kecil berhampiran kediaman saya. Sengaja saya tidak membelinya terlebih dulu.
Senyum saya mengembang.
Sudah lama saya tidak membeli bahan bacaan seperti ini. Mungkin jangan dibandingkan buku ini dengan naskhah2 penulis2 Indonesia yang lain seperti ‘Ayat-ayat Cinta’ atau ‘Laskar Pelangi. Walaupun belum lagi habis membacanya, setakat ini saya merasakan bahawa buku ini mempunyai kelasnya yang tersendiri.
Ditulis oleh A.Fuadi, seorang bekas wartawan.Mengisahkan tentang kehidupan Alif dan beberapa anak dari pelbagai latar belakang hidup yang melanjutkan pelajaran di Pondok Madani, Jawa Timur. Mengajar dan belajar harus ikhlas. Menarik dan menginsafkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan