1st of all...Selamat Tahun Baru Cina kepada semua sahabat² berbangsa Cina..Saya mengambil peluang ini untuk berehat sebentar daripada lelah & tekanan kerja untuk sementara...
Kesihatan saya masih kurang menyenangkan, namun saya masih berkesempatannya meluangkan masa dengannya walaupun masih dengan aktiviti makan²...
"Encik..ke mana kita?"
"Hmm...kita ke Muar nak tak? Gi Gunung Ledang dan makan²?"
Gunung Ledang?oh.. tidak untuk musim hujan sebegini. Saya tak mahu terus jatuh sakit..masih banyak lagi kerja yang menanti di pejabat. Jadi saya hanya memilih untuk makan
² dan kami menuju ke Medan Ikan Bakar Sabak Awur..Muar.
Kami sampai agak awal...tetapi seperti yang saya jangkakan, pengunjung disini lama kelamaan semakin ramai. Ramai kaum cina mengambil kesempatan untuk makan besar bersama keluarga mereka disini. Maklumla, tempatnya agak strategik dan harganya berpatutan serta banyak pilihan.
Lihat saja apa yang menjadi pihan kami...
sotong goreng tepung
ketam black pepper
udang berlada
Wahh..memang tersangat la kenyangnya! Sampai kena duduk berlunjur...Hehehe..Terima kasih kepada yang membelanja ye. Semoga murahla rezeki awak...Amiinn...
p/s: Masih terasa seperti bersama dengan Hang Tuah zaman moden...macam robot!.Kanda..kanda...Hmm..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan