Ahad, 13 Februari 2011

++kIRI @ kANaN??++

Saya melihat jam roman di dinding pejabat. Jam 12, kurang beberapa detik.

Sahabat saya tersenyum. Tenang atau kalut, saya kurang pasti.

"Kak...nape terasa lambat sangat masa berlalu hari ni?ke kita ni terlebih excited?'
"Ye la...yang kedua tu kot.Hahah..."

Kamu harus ke jemputan perkahwinan adik² Pn.Mawarbiru yang sebenarnya. Lalu lebih kurang jam 2.30 kami mula bergerak meninggalkan Air Hitam. Mahu memilih jalan yang mana ya? Kami sedikit was². Akhirnya saya memilih laluan Benut-Pontian-G.Patah. Walaupun saya tidak pernah memilih jalan ini untuk ke Gelang Patah. Jadi saya memilihnya atas dasar ingin tahu.

"Awak kena patah balik ni. Kan Gelang Patah kena menuju jalan nak ke Johor Bahru."

Sedar² saja kami telahpun sampai ke Kukup. Tersesat. Itulah padahnya...Hahaha.Mungkin gara² asyik sangat berbual & menyanyi bersama. Telefon bimbit saya sudah mula berdering². Mulanya pesanan ringkas, dan kemudian disusuli dengan panggilan.

"Dik, kat mana tu? Apsal macam lambat je?"
"Sesat tadi...Tapi jangan risau. Ni dah nak sampaipun..Heheh.". Kedengaran nada suara seperti tidak percaya dari pemanggilnya.

Kami sampai ke destinasi hampir jam 5. Pengantin pun sudah pulang ke rumah.Ah! Seingat saya, ini kali ke-2 saya lewat sampai ke majlis perkahwinan. Tak mengapalah, asal niatnya tercapai kan? Tuan rumah semacam tidak percaya yang saya tersesat. Hehehe...Sahabat yang menemani juga bertanya sewaktu perjalanan pulang.Kenapa tidak sesat sewaktu balik? Walhal saya mengikut pintasan jalan yang lain? Ahaha...sengaja memilih untuk menyesatkan diri.Boleh ya begitu? :p

Dia hanya tersenyum licik.

Sebenarnya ini cuma masalah kiri atau kanan.

Gambar ehsan dari blog Farawahidah Mohsin

P/S:Tahniah kepada pasangan Hamifaizal-Kamariah & Nordiana-Amin..Semoga cinta menyintai kalian.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan