Ah...memang lama saya perap entri ini. Seperti yang pernah saya katakan, saya tulis bila saya rasa mahu tulis. Lagipun ini bukan blog berita terkini pun kan... Hahah.
Saya sudah tak berapa ingat tarikh sebenar saya mengunjungi tempat² ini, tapi ia masih berlaku dalam tahun 2015. Saya minat sejarah kerana orang tua saya...Mereka yang banyak mempengaruhi saya sejak kecil. Dan biasanya jejak² yang saya kunjungi, masih setia bersama mereka.
Bukit Kepong, Muar
Kami ke
Bukit Kepong , setelah puas berkelah di
Hutan Lipur Gunung Ledang sebelum itu. Dan seperti yang digambarkan menerusi filem Bukit Kepong,ini adalah keadaan ketika kami ke lokasi yang sama ....
|
Dulu (Sumber dari En.Google) |
|
Jeti Tempat Bot Polis Di Bakar Komunis |
|
Kini |
Persekitarannya masih sama seperti dulu, agak terpencil dan dikelilingi hutan dan ladang² . Hanya terdapat beberapa blok rumah kedai seperti pekan kecil dan beberapa perkampungan dan estet. Pekan yang paling hampir hanya di Pagoh. Maka tidak mustahil jika ia menjadi mangsa serangan komunis.
Sayangnya semasa lawatan ini, kami tidak dibenarkan masuk ke dalam kerana balai ini di tutup sementara untuk proses menaiktaraf ianya untuk dijadikan muzium peringatan. Saya tidak pasti status projek tersebut ketika ini.
Kota Tinggi (Johor Lama)
Daerah ini sangat terkenal dengan kisah
Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dan pernah dijadikan pusat pemerintahan
Kesultanan Melayu Johor pada suatu ketika dulu. Sangat terkenal juga dengan makanan eksotik iaitu
belangkas. Ini adalah sebahagian dari tempat² yang sempat kami kunjungi :
|
Kompleks Makam Sultan Mahmud Mangkat Di Julang |
|
Pintu Masuk Ke Kompleks Makam |
|
Bahagian dalam |
|
Dikatakan kubur kucing bertanduk (bersebelahan kompleks) |
|
Muzium Kota Johor Lama |
|
Kota Batu |
|
Makam Laksaman Bentan (Megat Sri Rama) |
|
Sumber dari En.Google |
Mungkin lebih baik jika kami dapat menaiki bot, menyelusuri Sungai Johor kerana terdapat banyak lagi makam² dan kesan² tinggalan sejarah di sepanjang pesisir sungai. Selain dari Makan Laksamana Bentan. Harus datang lagi nampaknya.. boleh makan
belangkas Kedai Ibrahim lagi.Hahaha...
Memorial Peringatan Tragedi Tg Kupang
Saya tak pernah tahu tentang peristiwa
Tragedi Tg Kupang sebelum ini sehinggalah En.Boss bercerita mengenainya. Ya... Papa saya memang macam peminat sejarah. Selalu berkongsi cerita...macam penglipurlara.Haha...
|
Sumber dari En.Google |
|
Sumber dari En.Google |
|
Sumber dari En.Google |
Lokasi sebenar kejadian kini adalah kawasan larangan. Ia adalah kawasan paya seluas 800 hektar milik kerajaan yang kini diletakkan di bawah jagaan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) secara konsesi dan telah dirizabkan sebagai zon bebas aktiviti manusia.Terdapat juga pelbagai cerita² mistik dan misteri muncul dari penduduk setempat selepas peristiwa tersebut. Tetapi tidak dapat dipastikan kebenarannya.
Mulanya saya gagal mencari lokasi memorial ini. Namun akhirnya berjaya dan saya membawa orang tua saya melawatinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan