Isnin, 28 September 2015

++PeRak++

Hari Ketiga - 19/9/15 

Kami bermalam di penginapan inap desa yang terletak tidak jauh dari rumah pengantin. Selesai bersarapan di kedai mamak berhampiran, kami mengambil kesempatan untuk meronda² sekitar bandar Sri Manjung dan bersantai sekejap di Teluk Batik sebelum hadir ke majlis persandingan yang diadakan di sebelah tengah hari.

Teluk Batik
Tahniah En Hisham & Pn Fatin
 






Selesai majlis menghampiri jam 5 petang, kami bertolak balik. Saya memilih untuk singgah sebentar ke Menara Condong Teluk Intan. Sekali lagi sedikit hampa kerana tidak sempat untuk masuk dan naik ke menara tersebut kerana kami tiba sejurus selepas waktu menara itu ditutup untuk lawatan pada hari itu iaitu pada jam 6 petang.




Perjalanan pulang ke Johor terasa mengambil masa sedikit panjang, kerana saya sengaja memilih untuk melalui jalan lama merentasi beberapa daerah perkampungan di negeri Selangor sebelum masuk ke lebuhraya dari Shah Alam - Johor...hanya untuk melihat dan menimba pengalaman. Tiba di Johor Bahru sekitar jam 4 pagi setelah berhenti di beberapa tempat kerana kepenatan dan menghantar mertua pulang ke Simpang Renggam.

Perjalanan kali ini berjaya dilalui dengan menempuh 10% jam kesesakan lalu lintas & 10% kadar kesesatan jalan. Banyak persediaan & pengajaran yang dapat di ambil dan memainkan peranan penting untuk perancangan perjalanan seperti ini, antaranya:
 
       1) Kos perjalanan - Petrol + Tol + Penginapan + Yuran masuk/Tiket
           Kos pelbagai - Makan/Minum + Membeli belah
       2) Rancang perjalanan - Tempat Berhenti Rehat + Tempat yg ingin dikunjungi + Bagaimana ke
           tempat² tersebut (supaya tidak sesat & ulang alik )
       3) Siapa bersama anda? - Orang tua / Orang yang kurang sihat / kanak²  @ bayi / Orang yang
            sukar memberi kerjasama @ beremosi (Bagi saya ini sangat penting untuk tidak      
            merosakkan mood @ bergaduh)
       4) Rehat secukupnya (sekurang²nya sehari) selepas satu perjalanan/percutian yang panjang
            sebelum kembali kepada pekerjaan rutin.

Sekian....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan