Isnin, 28 September 2015

++PeRAk++

Hari Kedua - 18/9/15

Memulakan hari dengan turun semula ke Simpang Pulai sekitar jam 11.00 pagi untuk mengisi perut terlebih dulu. Kemudian menghala ke Batu Gajah kelihatan Taman Herba yang seperti sesak dengan pengunjung, maka saya diteruskan niat untuk ke Kellie's Castle saja.
















Kemudian saya memacu kenderaan cilik saya menghala ke kawasan tinggalan kapal korek Tanjung Tualang . Tetapi malangnya, kawasan ini ditutup kerana urusan penyelenggaraan. Dengan rasa sedikit hampa, saya teruskan perjalanan ke Kg Gajah untuk ke Kompleks Bersejarah Pasir Salak pula. Sekali lagi menghampakan kerana kompleks ini ditutup juga atas tujuan penyelenggaraan kerana terjejeas akibat banjir - sepertimana makluman penduduk setempat di situ. Hmm...ambil gambar dari luar saja la nampaknya....


Pandangan dari luar kawasan Kapal Korek Tg Tualang

     Pandangan dari luar kawasan Kompleks Bersejarah Pasir Salak

Tak mengapa...saya memang orang yang biasanya ada 'option lain' dalam setiap perancangan yang saya buat. Dengan masa yang masih tersisa, saya putuskan untuk ke destinasi seterusnya - Pulau Pangkor. Saya memilih untuk mengikut tunjuk arah dari penduduk tempatan dengan melalui jalan pintas untuk ke arah Lumut. Wahhh.... merentasi kawasan sawah bendang Seberang Perak! Teruja dengan suasana sawah di kiri kanan...saujana mata memandang! Walaupun padi telah selsai dituai...cukup lah untuk membuat saya berangan sebentar. Hahaha....

Gambaran dari En. Google
Terdapat 2 laluan jeti untuk ke Pulau Pangkor, dahulunya melalui jeti Lumut (20 - 30 min perjalanan) dan yang terbaru melalui jeti di Marina Island Resort (10 min perjalanan) dengan tiket pergi & balik bernilai RM10 seorang (siang sahaja). Saya melalui jeti Marina Island kerana ia lebih dekat dekat dengan Sri Manjung, destinasi utama kami ke Perak.

Kompleks Jeti Marina Island Resort


Kota Belanda
Enggang yang tiba² bertenggek di sebelah saya

Teluk Nipah

Batu Bersurat
Kami hanya mengambil masa kira² 2 jam 30 min berjalan² di sekitar pulau ini dengan menunggang motosikal. Ya, beberapa tempat tarikan yang lain tidak dapat kami kunjungi kerana ada di antara kami yang sudah kepenatan. Sesudah Maghrib, kami bertolak balik ke Sri Manjung. Ada majlis pernikahan yang harus kami hadiri pada jam 10.30 malam.


Bersama keluarga sebelah suami
Penganugerahan 'Puan' kepada Cik Fatin Norfarhana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan