Ya...jika punya kemampuan terutamanya dari segi masa dan kewangan, saya memang suka untuk menjelajah. Kemana sahaja.. dan ia selalunya menjurus kepada minat saya terhadap senibina, senibudaya dan sejarah. Kali ini, saya sebetulnya menerima undangan perkahwinan sepupu perempuan suami di Perak. Lebih tepatnya di Sri Manjung.
Memandangkan jarak yang agak jauh... kira² 8 jam perjalanan dari Johor Bahru dengan menaiki kenderaan cilik saya, saya memilih untuk menyambung kembara menjejak sejarah saya di lubuk bijih timah ini. Yalah.. sekadar untuk memanfaatkan kesempatan bercuti yang ada.
Hari Pertama - 17/9/15
Memulakan perjalanan menggunakan lebuh raya kira² jam 3.30 pagi, dengan berhenti rehat di RNR Air Keroh, Melaka dan Tapah, Perak sebelum berhenti di Simpang Pulai sekitar jam 10.30 pagi dan meneruskan pendakian ke
Cameron Highland yang mengambil masa lebih kurang sejam.
Haaa...memang agak mencabar. Ini memang bukan kali pertama saya ke sini, tetapi adalah kali pertama saya memandu sendiri menewaskan segala liuk likuk , bukit dan curam yang ada. Dan saya rasa, lebih baik menjadi pemandu daripada penumpang!Huh.... Saya memilih untuk berhenti dan melawat beberapa tempat sebelum ke tempat penginapan yang telah saya tempah secara dalam talian dengan lebih awal.
|
Cameron Valley Tea Plantation |
|
|
|
|
|
|
Ladang Strawberi (Lupa namanya) yang belum tiba musimnya..huhuhuh |
|
Rasalah ini.. daripada tak ada... |
|
Bee Farm | |
|
|
Pasar² di tepi² jalan |
|
|
Untuk 4 orang @ RM105 2D/1N |
|
Father's Guest House |
|
Kebanyakkan tempat kelihatan baru pulih dari kesan banjir lumpur beberapa bulan yang lalu. Hasil tanaman juga tidak begitu memberangsangkan.... Maka, saya tidak begitu banyak membeli belah di sini. Cukup sekadar yang dapat dijadikan buah tangan & cenderamata buah tangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan