Jumaat, 28 Oktober 2011

++TenGkuuu...Joh!++



Hujan semakin lebat diluar jendela. Musim hujan dan tengkujuh nampaknya telah tiba lagi. Hampir setiap hari ia membasahi jalan², parit², ladang² dan tubuh orang² yang terpaksa meredah basah kuyup. Malah kedengaran ada beberapa penempatan juga ada yang sudah mengalami banjir.




Hmm...saya masih menjadi penggemar hujan; selalu saja ada kenangan yang tertinggal di dalamnya; sesuatu yang mengingatkanku pada kota yang pernah ku diami dulu, dan juga padamu.



Sejenak kupejamkan mata, merasakan bau tanah basah dan rindu yang membuncah. Semacam sebuah ritual; menyambut gerimis…

Khamis, 27 Oktober 2011

++KEseNiAn JoHoR++

Dulu saya pernah terlibat dengan semua ini...



Zapin...



Ghazal...



Keroncong...

Dan saya akan tetap meminatinya...selamanya... :D

Ahad, 23 Oktober 2011

++KonVo!KonVo!++

Sudah seminggu berlalu dan mungkin sudah agak terlewat saya mengemaskini jurnal maya saya yang tak seberapa ini.tapi tak mengapalah, itu hanya soal waktu..cepat atau lambat saja kan? Minggu lalu adalah hari konvokesyen KPTM kali ke-28 dimana adik saya adalah salah seorang penerima skrol Diploma IT. Saya mengambil cuti selama 2 hari untuk bersama² menghadirkan diri ke majlis tersebut yang bertempat di PICC, Putrajaya.


Disebabkan giliran adik saya ialah pada hari pertama, sidang pagi, maka beliau dan mama papa saya terpaksa bergegas ke lokasi seawal jam 7.30. Dan disebabkan itu juga kami terpaksalah menginap di bajet hotel yang berhampiran. Bukan tidak ada rumah saudara mara, kamu cuma mahu mengelakkan kesesakkan jalan raya.Maklum la, majlis rasmi kan. Harus la menepati masa.Tak gitu?Kami pergi berlima, tapi hanya mama dan papa saya saja dibenarkan masuk. Maka saya dan abang terpaksalah menunggu di luar.Huhuhu...Konvokesyen ini berlangsung dengan suasana sederhana. Tidak semeriah yang lazimnya di tempat² lain. Hanya tempatnya saja yang gah, tidak ada pesta konvo dan tidak ada apa² acara lain yang menarik. Nasib baik jugalah, malam sebelumnya kami menghabiskan masa dengan acara 'sunting² gambar' di sekitar Putrajaya dan makan² dengan keluarga sepupu saya.


Dalam perjalanan balik, kami mendapat jemputan ke majlis makan² yang diadakan oleh keluarga mertua abang saya. Jadi kami singgah untuk mengisi perut saja...heheheh.Terima kasih untuk segala jasa baik sahabat saya, Emmi Adnan dan sepupu saya Zuraira Nora Anuar serta keluarganya sepanjang kami di Putrajaya. Dan tahniah juga kepada adik saya atas kejayaannya.Semoga mendapat keberkatan dariNya.Aminn...

Ahad, 16 Oktober 2011

++SEsudAh 100 Hari++

Sudah 100 hari...

Sesudah kamu memutuskan untuk memilih jalan meneruskan langkah kehidupanmu
Berpisah di suatu persimpangan untuk mencari masa depan

Sudah 100 hari...
Kamu menjauh..dan tak mudah bagi kita untuk terus mencatat semua cerita manis
Mungkin perlu lebih banyak waktu untuk memahami tentang semua yang menjadi kenangan
Walaupun perjalanan seumpama waktu: tak pernah & tak akan berhenti
Tapi setidaknya masih ada kekosongan untuk kita belajar
Memaknai sebuah perpisahan

Sebelum 100 hari yang lalu...
Kita memang selalu ada di sebuah tempat untuk pertemuan
Tapi tak siapa dapat menafikan perpisahan
Yang mana darinya kita belajar untuk menghargai
Betapa manisnya erti kebersamaan

Setelah 100 hari ini...
Walaupun semakin kurang masa terluang bersama
Semakin banyak kesibukkan yang mengekang
Semoga ia tidak menjadikan kita semakin jauh
biarlah..semakin rindu...


Khamis, 1 September 2011

++LebARAn 2011++

Menjelang Syawal tempoh hari, saya berjaya menyiapkan misi tahunan saya - pasang pelita! Tapi tahun ini, entah dari mana datang kerajinan untuk saya mengembalikan sifat kreatif ..saya mengubahsuai idea pelita sedia ada menjadi yang berbeza sedikit dari tahun² sudah.Nah, saya kongsikan bersama kalian semua:

Bahan²:
Tin minuman (recycle)
Cat spray (warna - ikut suka)
Paku
Sumbu lilin
Minyak masak
Gunting aluminium

Cara²:
1) Kumpulkan tin² recycle, basuh & keringkan. Gunting & buang bahagian atas tin tersebut.


2) lakarkan apa saja corak yang anda suka pada dinding luar tin² itu. Tetapi pastikan ia hanya mengambil 1/2 ruang yang teratas saja. Kemudian tebek lubang² kecil pada lakaran itu menggunakan paku.Hati² semasa melakukan proses ini.

3) Setelah siap semuanya, spray bahagian luar tin dengan warna kesukaan anda. Saya memilih warna hitam. Biarkan sehingga kering.

4) Masukkan air pada aras 1/4 dari ketinggian tin dan kemudian masukkan sedikit minyak masak. Letakkan sumbu lilin selepas itu dan nyalakan.




Inilah hasilnya...Jimat & mesra alam. Tiada asap & bau minyak tanah.Selamat mencuba!hehehe...

Terkadang cinta, membuat orang berubah terkadang cinta juga

membuat orang jadi sakit hati. mungkin terucap kata2 manis. terkadang berhujung pedih.maaf hatiku bila hatimu tersinggung dengan kata2 ku.

Salam lebaran buat semua ya!

Rabu, 31 Ogos 2011

++MemAknAi KemErdeKaaN++

Bagi saya...merdeka bukan saja bebas dari cengkaman penjajah. Tetapi juga bebas dari kehancuran yang berpunca dari bangsa sendiri.

Bagi saya...merdeka bukan sekadar bangga dengan kibaran bendera sendiri. Tetapi juga berusaha mempertahankan keagungan dan kibarannya.

Bagi saya...merdeka bukan sekadar satu perayaan yang diraikan jutaan umat manusia. Tetapi juga harus diingat pada segelintir mereka yang terpuruk kesepian.


Bagi saya...merdeka bukan hanya dengan tahu bergembira dan makan dengan senang-lenang. Tetapi juga harus diingat untuk memberi makan kepada mereka yang kelaparan.

Merdeka bukan semata² bebas dari penjajah
Merdeka harus juga dengan mengusir ketidakadilan

Isnin, 22 Ogos 2011

++DoA SeoRanG SahAbat++

Sahabat,
Saya mungkin tak dapat merasakan apa yang kamu rasakan kini.Mungkin saya sendiri tidak mampu membaca isi hatimu yang penuh gundah gulana, penuh air mata sehingga sya tidak lagi melihat senyumanmu yang sentiasa indah di mata saya.Tapi saya pasti Dia Maha Mengetahui, Ia tidak pernah membutakan mataNya untuk melihat segala luka² yang t'guris di ragamu juga setiap titis airmatamu yang mengalir.

Sahabat,
Saya mungkin tak dapat menghiburmu, membuat kamu ketawa.Saya tak tahu sedalam mana kamu terluka menghadapi semuanya ini.Semua yang membuat kamu menjadi seorang yang sangat melankolik.Tapi Dia tahu, Ia akan selalu menghulurkan apa yang terbaik buat kamu. Dia sudah mencatatkan semua perlengkapan kamu untuk meneruskan hidup.

Sahabat,
Kita tak pernah memilih, meminta, mendoakan, dan merancang semuanya.Kita tak pernah menginginkan, mencari, dan mengharapkan semuanya.Ini mungkin takdir... Takdir yang harus kita belajar pelbagai perkara darinya. Bahawa semua ini hanyalah sementara.

Sahabat,
Jangan mempersalahkan dirimu saja, jangan kau cerca Tuhanmu.Ingatlah, saya masih disini untukmu. Yakinilah bahawa Dia Maha Mendengar segala rintihan umatNya. Berdoalah supaya semuanya akan termakbul.Kita tak pernah meminta, memilih, dan mencari semua ini. Yakinlah...sesuatu itu pastu akan indah pada akhirnya.

Amin

Dedikasi untuk sahabat yang sedang b'duka.. tetaplah tegar