Lewat beberapa waktu yang lalu, hidup menjadi semacam berat bagi saya, fizikal & emosional. Percayakah bahawa saya ketika itu hampir luluh seperti kamu, seperti kalian? Separuh dari diri saya masih ingin untuk terus memperjuangkan hidup. Manakala separuh lagi seperti tidak mahu bangkit dan terus bersedih-sedihan..berpura-pura tertawa, berpura-pura tenang.
Jika tidak kerana dia…saya tidak akan jadi begini, sahabatku..Saya tidak akan menjadi seperti malam yang kian t’pejam. 1000 haru menelusup akal rasionalku, segalanya hampir musnah. Maaf..tiada lagi kata terilham untukmu, tiada lagi sentuhan-sentuhan listrik yang kamu senangi. Biarkan waktu mengabadikan perubahan dan pilihan mengajarkan kesabaran. Kaki ini akan tetap berderap dalam harap untuk terus bertahan. Sahabat..bawalah langkahku ke sisimu selalu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan