Jumaat, 14 Ogos 2009

++WaRiSan DuNia++



Ini bukan kali pertama saya menjejakkan kaki di sini. Ia juga bukan kota kelahiran saya, tapi masih ada juga kerinduan melihat kota bersejarah warisan dunia ini, Melaka. Kota ini tidak pernah ketandusan idea untuk memartabat & memperjuangkan warisan kesenian & sejarah di tengah-tengah arus kemodenan. Menjadi syurga bagi sejarawan mahupun pencinta sejarah. Saya dan keluarga mungkin adalah golongan kedua, tidak harus menjadi ahli kerana lambakan pertunjukan seni dan warisan bagi pencinta sejarah selalu menjadi koleksi ilmu dan mengisi jiwa yang kosong.



Saya sememangnya menyintai seni & sejarah, mungkin juga sama seperti anda. Keluarga saya juga menyukai hal yang sama. Tapi bagi saya, sejarah di sini semacam paradoks. Tidak sedikit yang menampakkan kemusykilan dan ada juga yang pada pemikiran saya seperti mustahil tapi sebenarnya ia adalah benar, kenyataan-fakta.



Begitu kagum saat menapaki kesan-kesan sejarah kesultanan Melayu, dari kepelbagaian senibina sehingga menyelusuri lorong-lorong kecil yang dipenuhi palitan-palitan peristiwa tak terbayangkan. Kubu A’ Famosa, makam2 pahlawan, memorial, tugu2 peringatan…semua ini kadangkala membuat saya selalu berimaginasi. Hidup pada zaman kesultanan melayu, zaman penjajah. Mengangankan menjadi serikandi seperti Tun Kudu atau si cantik Tun Teja atau mengalami mitos cinta seperti Puteri Gunung Ledang! Haha..tidak keterlaluan bukan jika sekadar membayangkan…Apapun, saya tidak akan pernah jemu melawati kota ini lagi. Sampai bila-bila!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan