Jumaat, 22 Januari 2010
++MatiNya SeOraNG PenCintA SeNi++
Terasa sungguh bertuah menjadi anak saudara kepada insan istimewa ini...Dr. Anuar Nor Arai.Masih ingat lagi, beliau pernah bertanya pada saya,"Kamu minat teater kan? Tak nak cuba berlakon?".Sambil tersenyum, saya hanya menjawab,"Saya masih perlu banyak belajar, Pak Ngah"
"Takkan ada permulaan kalau tak berani cuba". Beliau tersenyum sinis.
Namun sepertimana yang dilaporkan oleh pihak media, Dr Anuar Nor Arai telah selamat kembali ke rahmatullah jam 5.25pm Rabu tanggal 21 Januari 2010 akibat pelbagai komplikasi penyakit.Terkilan tidak sempat menziarahinya apabila dikhabarkan berita beliau jatuh sakit dan dirawat di Pusat Perubatan Selangor.
Naskhah terakhir beliau yang sempat saya tonton ialah mini teater, 'Qasidah Gunung Semanggol'. Sehingga saat ini hanya poster besar filem berdurasi terpanjang karyanya 'Johny Bikin Filem' yang terpampang di rumahnya dan saya akan tetap menunggu saat ia akan ditayangkan sekiranya UM berjaya mengikut standard durasi tayangan filem - 90 min. Tapi saya sebenarnya sangat ingin menonton filem itu dengan durasi asalnya selama lebih 5 jam!
Antara yang menziarah jenazahnya ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim; Senator Tan Sri Datuk Dr Jins Shamsudin; U Wei Shaari; Prof Hatta Azad Khan; Mahadi J Murat, Mior Hashim Manap dan Prof Madya A Razak Mohideen. Tak kurang juga artis-artis, penggiat² seni tempatan dan anak² didiknya.
Salam takziah buat keluarga beliau. Semoga dicucuri rahmat ke atas rohNya.Al-Fatihah..
Selasa, 12 Januari 2010
++MEnjAdI TuA++
hari ini saya menuju satu puncak tangga yang baru
untuk sisa jatah umurku yang baru
semua terjadi kerana izin Allah SWT
umurku bertambah satu-satu
semua terjadi kerana izin Allah SWT
tapi…ternyata aku masih banyak berhutang
ya…berhutang pada diriku..
sujudku masih jauh dari khusyuk
ku timbang keinginanku…
hmmm…masih lebih besar duniawiku..
Ya Allah…
akankah aku masih bertemu
tanggal dan bulan yang sama ditahun depan?
masihkah aku diberi kesempatan?
Ya Allah…
jika Engkau izinkan aku bertemu tahun depan
izinkan hambaMu ini,
mulai hari ini lebih khusyuk dalam ibadah
timbangan dunia dan akhirat hamba seimbang
aku mencintai diriku, begitupun hidupku
kerana itu adalah berkat yang tak terbatas
selamat ulang tahun,
semoga kali ini dengan sisa umur yang berkat..amiin
--Saat ini; tersenyumlah. Kerana masih banyak mimpi-mimpi yang menanti untuk diwujudkan dan peristiwa-peristiwa yang akan membuat hidup makin bermakna.
Menjadi tua itu tidak begitu menjengkelkan, sahabatku.

Isnin, 11 Januari 2010
++Cest La‘ViE!++
Tahun baru..atau juga boleh disebut fasa baru dalam hidup. Ini permulaan yang mungkin akan menjadi sebuah turning point di antara banyak persimpangan, forbidden road atau jalan² berlubang dan penuh kerikil yang sering kita tapaki. Mungkin ini fasa terbesar dalam hidup kita untuk kembali menilai pengalaman² yang sering menjadi kutukan di saat kita bertingkah bodoh ketika menghadapi masalah atau cara kita berperan menjadi dewasa.
Masih ingatkah kamu fasa hidupmu sebelum ini? Saat kamu memutuskan untuk tidak lagi menjadi egois. Saat kamu mulai belajar membagi semua yang ada padamu. Saat kamu memutuskan bahawa waktu bukan hanya milikmu sendiri. Masih ingatkah kamu akan segala cemuhan, kritikan sarcastic dan omelan semua orang; bahkan dari sahabat-sahabatmu sendiri (heh, maaf sahabat; jika saya sebahagian darinya). Saat kamu mengajari saya tentang bertahan untuk terus hidup dari persekitaran yang kerap menjadi pembunuh semangat.
Dan untuk hal-hal yang tidak mampu kita diselesaikan; hadapi, nikmati, dengan senyuman. Kerana walau sesukar manapun, hidup memang selalu ada saat-saat seperti itu, saat-saat yang kelak kamu sebut masa lalu.
Cest La’Vie!

++TaNpa Tajuk++
Memilih untuk menyendiri di sebuah kedai kopitiam ternyata pilihan yang begitu santai. Saya lebih senang untuk duduk diluar,menikmati kesibukkan lalu lintas dan orang-orang yang lalu lalang.Siapa tahu kalau boleh mencuri senyuman-senyuman lagi sesaat ketika mereka melempar tatapannya. Hehe..saya masih sering mencurinya. Tak apa kan?
Saya memesan secawan milo panas, tentu saja kerana kurang gemar terhadap kafein. Mulai menulis. Menulis apa saja. Tiba-tiba saya teringatkan kamu, schatz. Sungguh. Ada hal yang cukup bagus tentang kamu; memiliki peribadi yang cerdas, cantik dan tegar sehingga kamu lebih bersyukur pada Tuhan yang memberi begitu banyak berkat padamu. Dengan begitu tentunya kita akan menjadi lebih tegar, menjadi lebih berperasaan dan menjadi lebih baik ketika kita beranjak tua detik demi detiknya.
Saya minum milo itu. Sedikit. Menikmati kebisuanku sendiri. Sesaat. Saya minum lagi. Pekat.
Teringatkan akanmu yang sering berbagi denganku tentang kerja, cinta, hidup dan emosi. Ya, tak jarang kita berbagi meski hanya keluh yang sama. Lagi dan lagi. Saya tahu kamu tak akan jenuh mendengarnya. Begitu juga sebaliknya. Kita yang sering berbagi, with the words that nobody needs to know. Ya, rupanya telah sedekad kita bersama, suka dan duka. Walaupun kamu pernah katakan, ‘saya tidak pandai memujuk kan?’.Hmm… Tak mengapa. Cukuplah jika kamu kenangkan saya akan tegarmu dalam berjuta senyuman manis mahupun airmata.
Tapi kamu harus bersedia andai satu hari nanti saya tidak mampu untuk selalu menjadi atap yang meneduhkanmu, tidak selalu menjadi bahu penahan tangismu, tidak selalu menjadi pendengar yang baik bagi keluh-kesah dan bahagiamu. Kata-kata saya yang biasa kamu anggap sebagai nasihatpun suatu saat akan menjadi sunyi,Kerana saat itu nanti hanya dirimu dan pengalaman-pengalamanmu saja yang mampu melindungi perasaan-perasaanmu, hatimu; bukan saya atau siapapun. Dan kamu, tidak perlu lagi melayan rajuk atau rengekan sahabatmu ini. Heh…
Saya minum lagi. Masih pekat dan manis. Titis terakhir. Habis.
Saya? Saya hanya sahabat yang sangat mengasihimu...

Langgan:
Catatan (Atom)