Jumaat, 22 Januari 2010

++MatiNya SeOraNG PenCintA SeNi++



Terasa sungguh bertuah menjadi anak saudara kepada insan istimewa ini...Dr. Anuar Nor Arai.Masih ingat lagi, beliau pernah bertanya pada saya,"Kamu minat teater kan? Tak nak cuba berlakon?".Sambil tersenyum, saya hanya menjawab,"Saya masih perlu banyak belajar, Pak Ngah"

"Takkan ada permulaan kalau tak berani cuba". Beliau tersenyum sinis.

Namun sepertimana yang dilaporkan oleh pihak media, Dr Anuar Nor Arai telah selamat kembali ke rahmatullah jam 5.25pm Rabu tanggal 21 Januari 2010 akibat pelbagai komplikasi penyakit.Terkilan tidak sempat menziarahinya apabila dikhabarkan berita beliau jatuh sakit dan dirawat di Pusat Perubatan Selangor.

Naskhah terakhir beliau yang sempat saya tonton ialah mini teater, 'Qasidah Gunung Semanggol'. Sehingga saat ini hanya poster besar filem berdurasi terpanjang karyanya 'Johny Bikin Filem' yang terpampang di rumahnya dan saya akan tetap menunggu saat ia akan ditayangkan sekiranya UM berjaya mengikut standard durasi tayangan filem - 90 min. Tapi saya sebenarnya sangat ingin menonton filem itu dengan durasi asalnya selama lebih 5 jam!

Antara yang menziarah jenazahnya ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim; Senator Tan Sri Datuk Dr Jins Shamsudin; U Wei Shaari; Prof Hatta Azad Khan; Mahadi J Murat, Mior Hashim Manap dan Prof Madya A Razak Mohideen. Tak kurang juga artis-artis, penggiat² seni tempatan dan anak² didiknya.

Salam takziah buat keluarga beliau. Semoga dicucuri rahmat ke atas rohNya.Al-Fatihah..

3 ulasan:

  1. Salam takziah buat keluarga beliau.
    Sama2lah kita mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah...

    BalasPadam
  2. Salam Takziah, tak ramai yg mengikuti perjalanan seni arwah...tapi Rien, i solute u! tabik spring! toing toinggg oinkk oink...heee....

    BalasPadam
  3. betul..tak ramai yang fhm prinsip & pe yg arwah perjuangkan.tp sy suke..suke sgttt.tp,utk ape tabik kat sy lak me?

    BalasPadam