Khamis, 1 September 2011

++LebARAn 2011++

Menjelang Syawal tempoh hari, saya berjaya menyiapkan misi tahunan saya - pasang pelita! Tapi tahun ini, entah dari mana datang kerajinan untuk saya mengembalikan sifat kreatif ..saya mengubahsuai idea pelita sedia ada menjadi yang berbeza sedikit dari tahun² sudah.Nah, saya kongsikan bersama kalian semua:

Bahan²:
Tin minuman (recycle)
Cat spray (warna - ikut suka)
Paku
Sumbu lilin
Minyak masak
Gunting aluminium

Cara²:
1) Kumpulkan tin² recycle, basuh & keringkan. Gunting & buang bahagian atas tin tersebut.


2) lakarkan apa saja corak yang anda suka pada dinding luar tin² itu. Tetapi pastikan ia hanya mengambil 1/2 ruang yang teratas saja. Kemudian tebek lubang² kecil pada lakaran itu menggunakan paku.Hati² semasa melakukan proses ini.

3) Setelah siap semuanya, spray bahagian luar tin dengan warna kesukaan anda. Saya memilih warna hitam. Biarkan sehingga kering.

4) Masukkan air pada aras 1/4 dari ketinggian tin dan kemudian masukkan sedikit minyak masak. Letakkan sumbu lilin selepas itu dan nyalakan.




Inilah hasilnya...Jimat & mesra alam. Tiada asap & bau minyak tanah.Selamat mencuba!hehehe...

Terkadang cinta, membuat orang berubah terkadang cinta juga

membuat orang jadi sakit hati. mungkin terucap kata2 manis. terkadang berhujung pedih.maaf hatiku bila hatimu tersinggung dengan kata2 ku.

Salam lebaran buat semua ya!

Rabu, 31 Ogos 2011

++MemAknAi KemErdeKaaN++

Bagi saya...merdeka bukan saja bebas dari cengkaman penjajah. Tetapi juga bebas dari kehancuran yang berpunca dari bangsa sendiri.

Bagi saya...merdeka bukan sekadar bangga dengan kibaran bendera sendiri. Tetapi juga berusaha mempertahankan keagungan dan kibarannya.

Bagi saya...merdeka bukan sekadar satu perayaan yang diraikan jutaan umat manusia. Tetapi juga harus diingat pada segelintir mereka yang terpuruk kesepian.


Bagi saya...merdeka bukan hanya dengan tahu bergembira dan makan dengan senang-lenang. Tetapi juga harus diingat untuk memberi makan kepada mereka yang kelaparan.

Merdeka bukan semata² bebas dari penjajah
Merdeka harus juga dengan mengusir ketidakadilan

Isnin, 22 Ogos 2011

++DoA SeoRanG SahAbat++

Sahabat,
Saya mungkin tak dapat merasakan apa yang kamu rasakan kini.Mungkin saya sendiri tidak mampu membaca isi hatimu yang penuh gundah gulana, penuh air mata sehingga sya tidak lagi melihat senyumanmu yang sentiasa indah di mata saya.Tapi saya pasti Dia Maha Mengetahui, Ia tidak pernah membutakan mataNya untuk melihat segala luka² yang t'guris di ragamu juga setiap titis airmatamu yang mengalir.

Sahabat,
Saya mungkin tak dapat menghiburmu, membuat kamu ketawa.Saya tak tahu sedalam mana kamu terluka menghadapi semuanya ini.Semua yang membuat kamu menjadi seorang yang sangat melankolik.Tapi Dia tahu, Ia akan selalu menghulurkan apa yang terbaik buat kamu. Dia sudah mencatatkan semua perlengkapan kamu untuk meneruskan hidup.

Sahabat,
Kita tak pernah memilih, meminta, mendoakan, dan merancang semuanya.Kita tak pernah menginginkan, mencari, dan mengharapkan semuanya.Ini mungkin takdir... Takdir yang harus kita belajar pelbagai perkara darinya. Bahawa semua ini hanyalah sementara.

Sahabat,
Jangan mempersalahkan dirimu saja, jangan kau cerca Tuhanmu.Ingatlah, saya masih disini untukmu. Yakinilah bahawa Dia Maha Mendengar segala rintihan umatNya. Berdoalah supaya semuanya akan termakbul.Kita tak pernah meminta, memilih, dan mencari semua ini. Yakinlah...sesuatu itu pastu akan indah pada akhirnya.

Amin

Dedikasi untuk sahabat yang sedang b'duka.. tetaplah tegar






++COMe bACk!!++

Yaa..sudah cukup lama saya tidak menulis. Sudah beberapa lama tak ada tulisan di blog saya ini. Folder peribadi saya juga kosong untuk sekian lama. Tak ada stok tulisan yang dapat dimasukkan ke dalam blog ini lagi.

Dan akhirnya hari ini saya kembali menulis. Menulis secara personal, tentunya.

Setelah sekian lama, saya dilanda mode berhibernasi tanpa saya perlu nyatakan sebab musababnya. Masa seakan mengejar saya setiap hari.Maka, bila ada kesempatan untuk menulis secara personal pun tentunya ada. Tapi tak sebanyak dahulu.Mungkin saya menjadi salah seorang yang merasakan 24 jam adalah waktu yang tidak mencukupi. Oh tidakkk...bukan kerana masa, tapi ini soal hilang mood, ketandusan idea mungkin...atau lebih suka memilih untuk berdiam diri.

Apapun..selamat berjumpa lagi para blog hopping sekalian..Semoga semuanya baik² saja ya. ^_^


Ahad, 13 Februari 2011

++kIRI @ kANaN??++

Saya melihat jam roman di dinding pejabat. Jam 12, kurang beberapa detik.

Sahabat saya tersenyum. Tenang atau kalut, saya kurang pasti.

"Kak...nape terasa lambat sangat masa berlalu hari ni?ke kita ni terlebih excited?'
"Ye la...yang kedua tu kot.Hahah..."

Kamu harus ke jemputan perkahwinan adik² Pn.Mawarbiru yang sebenarnya. Lalu lebih kurang jam 2.30 kami mula bergerak meninggalkan Air Hitam. Mahu memilih jalan yang mana ya? Kami sedikit was². Akhirnya saya memilih laluan Benut-Pontian-G.Patah. Walaupun saya tidak pernah memilih jalan ini untuk ke Gelang Patah. Jadi saya memilihnya atas dasar ingin tahu.

"Awak kena patah balik ni. Kan Gelang Patah kena menuju jalan nak ke Johor Bahru."

Sedar² saja kami telahpun sampai ke Kukup. Tersesat. Itulah padahnya...Hahaha.Mungkin gara² asyik sangat berbual & menyanyi bersama. Telefon bimbit saya sudah mula berdering². Mulanya pesanan ringkas, dan kemudian disusuli dengan panggilan.

"Dik, kat mana tu? Apsal macam lambat je?"
"Sesat tadi...Tapi jangan risau. Ni dah nak sampaipun..Heheh.". Kedengaran nada suara seperti tidak percaya dari pemanggilnya.

Kami sampai ke destinasi hampir jam 5. Pengantin pun sudah pulang ke rumah.Ah! Seingat saya, ini kali ke-2 saya lewat sampai ke majlis perkahwinan. Tak mengapalah, asal niatnya tercapai kan? Tuan rumah semacam tidak percaya yang saya tersesat. Hehehe...Sahabat yang menemani juga bertanya sewaktu perjalanan pulang.Kenapa tidak sesat sewaktu balik? Walhal saya mengikut pintasan jalan yang lain? Ahaha...sengaja memilih untuk menyesatkan diri.Boleh ya begitu? :p

Dia hanya tersenyum licik.

Sebenarnya ini cuma masalah kiri atau kanan.

Gambar ehsan dari blog Farawahidah Mohsin

P/S:Tahniah kepada pasangan Hamifaizal-Kamariah & Nordiana-Amin..Semoga cinta menyintai kalian.




Isnin, 7 Februari 2011

++WhEN eASt MeeT WeSt...++

Alhamdulillah...ada rezeki lebih sikit menjelang CNY ni. Niat di hati, nak belanja keluarga makan tapi memandangkan mama & papa saya lebih selesa makan di rumah, makanya saya ikutkan saja...Seperti biasa, berjumpa uncle si penjual kambing lagi.

'Senyum u saya sudah tau la adik...tapi hari ini tak ada lamb. Hanya lamb saja yang sesuai....'

Aduhh...lalu kami ke Giant. Membeli bahan² yang sepatutnya...Untuk apa?Heheheh...
Inilah hasil air tangan saya - aplikasi dari Asian Food Channel :

Grilled Marinated Lamb Chop!!!!

Thumbs up from my parents...! ngeeee...Saya tak la ikut sepenuhnya resepi sebenar, ubah sikit ikut citarasa sendiri. Oppss..lupa nak bagi resepi sosnye:

Sos Lada Hitam - Sos Plum - Sos Cili - Perahan Jus Lemon - Madu - Garam - Daun Ketumbar (didihkan 2-3 min)

Maaf, sengaja tak diletakkan sukatan sebab, saya juga menyukatnya ikut citarasa sendiri.. Selamat Mencuba!

Jumaat, 4 Februari 2011

++Hari BerSamAnyA++


1st of all...Selamat Tahun Baru Cina kepada semua sahabat² berbangsa Cina..Saya mengambil peluang ini untuk berehat sebentar daripada lelah & tekanan kerja untuk sementara...

Kesihatan saya masih kurang menyenangkan, namun saya masih berkesempatannya meluangkan masa dengannya walaupun masih dengan aktiviti makan²...

"Encik..ke mana kita?"
"Hmm...kita ke Muar nak tak? Gi Gunung Ledang dan makan²?"

Gunung Ledang?oh.. tidak untuk musim hujan sebegini. Saya tak mahu terus jatuh sakit..masih banyak lagi kerja yang menanti di pejabat. Jadi saya hanya memilih untuk makan
² dan kami menuju ke Medan Ikan Bakar Sabak Awur..Muar.


Kami sampai agak awal...tetapi seperti yang saya jangkakan, pengunjung disini lama kelamaan semakin ramai. Ramai kaum cina mengambil kesempatan untuk makan besar bersama keluarga mereka disini. Maklumla, tempatnya agak strategik dan harganya berpatutan serta banyak pilihan.

Lihat saja apa yang menjadi pihan kami...

sotong goreng tepung

ketam black pepper

udang berlada

Wahh..memang tersangat la kenyangnya! Sampai kena duduk berlunjur...Hehehe..Terima kasih kepada yang membelanja ye. Semoga murahla rezeki awak...Amiinn...

p/s: Masih terasa seperti bersama dengan Hang Tuah zaman moden...macam robot!.Kanda..kanda...Hmm..